Berita gempar yang baru kami terima perihal MB Pahang. Kali ini lebih panas dan sensasi. Jika sebelum ini kerajaan negeri telah disaman RM60 juta oleh sebuah syarikat pembalakan gara-gara penipuan kawasan balak UMNO. Kini terbaru, MB Pahang dan kerajaan negeri bakal berhadapan dengan tindakan yang sama. Kali ini lebih hangat dari biasa, iaitu gara-gara ingin "mengipas" Tuanku Sultan Pahang, akhirnya MB Adnan Yaakob telah menghadiahkan set "pinggan mangkuk" untuk istana baginda. Khabarnya nilai barangan tersebut sekitar RM5 juta.Sungguh menakjubkan !! Namun begitu kerajaan negeri tidak berkemampuan untuk membuat bayaran tersebut maka akhirnya terpaksa "berhutang" dan membayar secara "ansuran". Akibatnya sudah pasti ian menimbulkan "kemarahan" dan "kekecewaan" kepada pihak terbabit. Maka kini, terbuktilah sikap sebenar Adnan selama ini. Beliau sememangnya gagal mentadbir Pahang dengan baik, sebaliknya hanya "membodek" Tuanku Sultan untuk terus memberi kepercayaan kepada dirinya itu. Akhirnya "individu" yang sepatutnya mengambilalih kepimpinan beliau telah ditolak terajang demi "melempiaskan nafsu politiknya" itu. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada bekas-bekas exco seperti Omar Othman (Lipis) dan Shahiruddin Moin (Raud) serta ramai lagi yang tercampak gara-gara tidak mahu bersekongkol dengan kebobrokan beliau itu. Inilah dia MB yang sangat diagong-agongkan oleh puak-puak UMNO dan BN Pahang selama ini.
[Jika maklumat terbaru ini benar, maka MB Pahang harus bertanggungjawab kerana menggunakan wang rakyat dengan sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi beliau untuk terus berkuasa. Akhirnya rakyat Pahang akan menanggung derita. Ini bermakna jumlah keseluruhan yang perlu ditanggung oleh MB Pahang itu kini bertambah RM65 juta pula !!]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan