Mutakhir ini, nampaknya bukan politik di Malaysia sahaja yang "bercelaru" malahan juga di negara jiran Thailand lebih taruk dari itu. Cuma bezanya, kita negara Islam dan Thailand tidak. Kerana politik pemimpin kerajaan kita buat tuduhan "kes liwat" terhadap seterunya. Tetapi di Thailand tidak berlaku begitu. Walhal kesnya lebih kurang sama iaitu Perdana Menteri ditolak oleh rakyat. Di Thailand Perpecahan berlaku dalam parti yang memerintah, Parti Kuasa Rakyat (PPP) selepas kira-kira satu pertiga daripada penggubal undang-undangnya menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan untuk mencalonkan semula Samak Sundaravej sebagai Perdana Menteri dua hari selepas beliau disingkirkan oleh Mahkamah Perlembagaan. Sekumpulan kira-kira 70 Anggota Parlimen dari utara dan timur laut, dianggap sebagai asas kuasa parti, mengancam untuk memboikot persidangan parlimen esok jika PPP meneruskan keputusan untuk mencalonkan semula Samak.Senario yang sama turut berlaku kepada parti pemerintah di Malaysia, pabila Barisan Nasional juga didapati sedang diambang perpecahan. Apakah semua ini secara kebetulan. Tetapi jika di Thailand Parti Kuasa Rakyat (PPP) adalah parti pemerintah, di Malaysia "parti kuasa rakyat" yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat (PR) adalah parti yang bakal memerintah. Dengan ini kemungkinan besar, apa yang berlaku kepada Samak juga akan berlaku kepada Pak Lah. "Pak Lah sebenarnya perlu di samak" demi mengembalikan semula imej serta maruah partinya yang kini semakin tercalar dan terumbang-ambing.
Asakan bertubi-tubi suara rakyat bakal menenggelamkan keangkuhan para pemimpin dalam paeri pemerintah di Malaysia. Mereka kini berbalah sesama sendiri. Tidak cukup dengan isu Ahmad Ismail kemudian menyusul pula isu Muhyiddin dan Mahathir ingin masuk UMNO semula. Tampak bagai ada satu pakatan kuat antara Muhyiddin-Najib-Mahathir untuk menjatuhkann Pak Lah. Apakah Pak Lah bakal berjaya menghadapi asakan ini, walhal dalam masa yang sama beliau juga diasak oleh Anwar?. Maka itulah Pak Lah sudah tidak boleh lagi bergalak dan mengabaikan suara rakyat. Jika tidak beliau juga akan "dipecat" nanti. Cuma masa dan ketikanya sahaja yang sedang dinanti. Apakah tanggal 16 September menjadi bukti !!
[Seronok melihat perkembangan politik semasa mutakhir ini. Segalanya bagai sudah ditakdirkan. Virus kejatuhan kini telah melanda banyak parti pemerintah yang angkuh dan sombong dalam menegakkan kuasa mereka. Sudah cukup 51 tahun BN berkuasa, maka berilah pula peluang kepada Pakatan Rakyat untuk merubah segala yang ada di Malaysia!!]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan