Nampaknya kerajaan BN semakin ketandusan "idea". Dalam pada kegawatan politik yang melanda kini, nampaknya Perdana Menteri Pak Lah Badawi lupa akan janjinya kepada rakyat. Ianya adalah berhubung dengan penurunan harga minyak seperti yang dijanjikan menjelang perayaan Hari Raya Aidil Fitri ini. Sebelum ini kerajaan bukan lagi berjanji akan berbuat demikian, namun ketika ditanya oleh para wartawan dalam sidang medianya semalam beliau seolah-olah mahu lari dari persoalan tersebut walhal pasaran minyak global kini sudah turun dari para AS$100 setong. Ini bermakna minyak harus diturunkan dengan kadar segera tanpa ada sebarang alasan lagi. Jika tidak kerajaan Pak Lah akan dituduh sekali lagi cuba menipu. Sila baca laporan media arus perdana pada 4 September 2008 yang lalu berkenaan hal ini.Minyak Akan Turun Lagi Sejajar Trend Penurunan Harga Global – Shahrir Samad
PUTRAJAYA 3 Sept. – Kerajaan berkemungkinan akan menurunkan lagi harga minyak petrol dan diesel sebelum perayaan Aidilfitri ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad. Menurutnya, beliau mengharapkan berita gembira itu sepertimana yang diharapkan oleh rakyat sejajar dengan trend penurunan harga minyak global pada masa ini.‘‘Saya memang seronok melihat harga minyak di pasaran dunia turun walaupun dijangka adanya kekangan berikutan masalah taufan Gustav dan politik di Eropah dan sebagainya. “Tetapi nampaknya harga minyak di paras yang stabil, dan saya berharap ia akan berterusan stabil dan menurun sedikit sebelum menyambut hari raya nanti, dapat satu berita yang baik,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan pelancaran saluran berita internet secara langsung Pertubuhan Berita Nasional, Bernama Web TV oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini. Shahrir berkata demikian ketika mengulas mengenai trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong hari ini berbanding AS$115 setong pada dua minggu lalu.
Ditanya sama ada kerajaan telah menetapkan tarikh untuk mengumumkan harga minyak baru, beliau berkata, daripada segi amalannya, kerajaan telah bersetuju untuk mengambil harga bagi tempoh sebulan. Bagaimanapun, katanya lagi, pada bulan lalu, kerajaan mengumumkan untuk menurunkan harga minyak lebih awal selepas mengambil kira kenaikan indeks harga pengguna dan sambutan Hari Kemerdekaan pada bulan berkenaan.
“Jadi, Kabinet berasakan mengapa tidak, daripada kita tunggu kerana harga minyak telah turun begitu baik pada paras yang baik, jadi kita memutuskan untuk menurunkan harga minyak pada ketika itu lebih awal daripada sepatutnya. ‘‘Keadaan yang sama dijangka akan berlaku pada bulan ini selepas mengambil kira Hari Raya pun lebih kurang sama tarikhnya (dengan Hari Kemerdekaan),” katanya.
[Dengan ini bermakna rakyat boleh menilai segala apa yang diperkatakan oleh kerajaan sememangnya berupa "gula-gula" semata-mata. Minyak diturunkan sebanyak RM0.15 baru-baru ini kerana untuk menagih simpati rakyat supaya terus menyokong BN dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Namun, kejutan pula berlaku apabila Anwar menang dengan majoriti yang lebih besar. Mungkinkah kerana ini, rakyat akan dihukum lagi?]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan