Akhirnya Kerajaann terpaksa akur juga dengan kebebasan menulis di laman blog. Biarpun sebelum ini mereka berusahan untuk mengadakan sekatan demi sekatan ke arah menyekat menunculan terlalu ramai blogger yang menggasak kerajaan sekarang ini. Namun mereka terpaksa menerima hakikat yang dunia "globalisasi" hari ini teknologi internet tidak dapat disekat. Penggunaan berbagai cara untuk menakut-nakutkan para blogger jelas sekali menggambarkan yang kerajaan BN pimpinan Pak Lah Badawi semakin tertekan sekarang. Mereka kecewa kerana, informasi yang disampaikan menerusi blog kini lebih cepat "diakses" oleh rakyat daripada saluran media rasmi kerajaan. Barulah kini mereka sedar bahawa, akhbar arus perdana ternyata gagal untuk menyekat suara rakyat. Mungkin sepuluh atau dua puluh tahun dulu mereka boleh memesongkan minda rakyat menerusi akhbar arus perdana. Namun, semenjak kebangkitan gelombang ICT ternyata ianya telah gagal untuk dihalang dan disekat lagi. Rakyat lebih mudah, cepat dan bijak menilai sesuatu berita yang disampaikan menerusi laman blog. Inilah yang amat menggusarkan kerajaan sebenarnya. Lantaran itu mereka terpaksa mengadakan berbagai usaha untuk membendung pengaruh laman blog ini.
Pahang Daily, mengucapkan syabas kepada Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor yang mengumumkan keputusan Kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan terhadap mana-mana laman web atau blog di negara ini. Beliau berkata keputusan itu dicapai pada mesyuarat kabinet semalam. Arahan sekatan dikenakan sebelum ini telah dikenakan terhadap mana-mana laman web atau blog, termasuk portal berita "Malaysia Today" kelolaan Blogger Raja Petra Kamaruddin. Dengan keputusan itu bermakna sekatan telah ditarik balik berkuat kuasa serta-merta. Semoga keputusan ini bakal memberi harapan yang lebih luas untuk kami melaporkan maklumat dan berita kepada rakyat.
[Warga kerja Pahang Daily juga amatlah berharap agar pihak kerajaan dapat lebih telus dalam mengeluarkan berita-berita semasa dalam media arus perdana. Kekalahan besar BN dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dan terbaru di Permatang Pauh, jelas sekali membuktikan rakyat sudah semakin bijak untuk menilai sesuatu berita yang diterima. Syabas diucapkan kepada akhbar "Sinar Harian" yang lebih adil dan telus menyampai berita kepada rakyat]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan