Empat bulan keluar dari UMNO. akhirnya PM airmata Mahathir Mohamad akhirnya bersetuju untuk kembali semula ke dalam parti karat itu. Entah apakah "ilham" yang diperolehinya, tiba-tiba Mahathir bersedia menjilat kembali ludahnya biarpun "insan" yang paling dibencinya iaitu Pak Lah masih lagi memegang tampuk kuasa. Kenapakah tiba-tiba sahaja mantan PM itu ingin kembali. Apakah beliau merasakan jalan yang terakhir untuk menyelamatkan UMNO ialah dia mesti berada didalam?. Maknanya beliau sahajalah yang ditakdirkan bakal mengembalikan semula semangat orang Melayu UMNO, sesudah maruah mereka "musnah" sejak akhir-akhir ini. Kekalahan besar UMNO di Permatang Pauh, juga mungkin menjadi satu punca mengapa Mahathir bersedia kembali. Mungkinkah, ini sahaja jalannya untuk beliau membendung kemaraan Anwar ke Putrajaya?. Hasrat Mahathir untuk kembali dinyatakan oleh Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan ringkas antara mereka baru-baru ini. Bahkan menurut Muhyiddin, Mahathir telah menyatakan hasratnya itu kepada TPM Najib sebelum ini. Justeru itu, maknanya Mahathir hanya berhasrat untuk masuk semula UMNO tanpa restu Pak Lah. Sepatutnya beliau harus menyatakan perkara ini kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO. Tetapi sebaliknya pula berlaku. Apakah ini petanda jelas menunjukkan ada sesuatu tugas besar akan dilaksanakan oleh mereka terhadap Pak Lah selepas ini. Umum mengetahui Mahathir sering kali melaungkan kononnya Najib adalah calon sebenar Perdana Menteri dan Presiden UMNO, bukannya Pak Lah. Namun, atas ikhsan beliau memilih Pak Lah kerana janjinya serta akan melepaskan jawatan itu kepada Najis selepas satu penggal. Namun, Pak Lah telah khianat dan berbohong kepada Mahathir. Beliau terus mengekalkan kuasanya, biarpun dalam keadaan UMNO dan BN yang semakin tenat selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Sanggupkan Pak Lah merestui kemasukan Mahathir nanti?. Mahathir telah menikamnya dari belakang sejak keluar dari UMNO, bahkan selepas meletakkan jawatan sebagai PM dulu. Inilah yang paling "simbolik" dalam kes ini. Apakah hasrat Mahathir masuk semula UMNO ada kaitan dengan "pemulihan parti karat" itu. Atau mungkin juga untuk memberi tekanan kepada Pak Lah supaya melepaskan jawatannya segera kepada Najib. Ini kerana Mahathir tidak yakin dengan "Pelan Peralihan Kuasa" yang dicadangkan baru-baru ini. Beliau khuatir 2010 adalah masa yang terlalu singkat untuk Najib berusaha memulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Apakah ini petanda yang Pak Lah bakal "terhumban" dalam masa terdekat ini?.
Ini bermakna Pak Lah akan semakin "tidur tak lena". Beliau bukan sahaja akan dibayangi oleh Mahathir dan Najib, malahan juga Anwar yang masih berusaha menjatuhkan beliau menerusi "agenda 16 September". Jiwanya pasti tidak tenang gara-gara perkembangan terkini politik sekarang. Sudah pastilah satu kejutan bakal kita saksikan selepas ini. Apapun kita tetap yakin, kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO bakal mempercepatkan lagi "jangka hayat" parti karat itu. Ini kerana, Mahathirlah orang yang telah merosakkan UMNO itu sendiri. Segala projeknya dianggap hebat dizamannya.
Kini segalanya tinggal "sisa-sisa kenangan", projek pengswastaan yang dilaksanakannya bakal menemui kegagalan. Itu belum termasuk lagi dengan projek mega ciptaannya seperti Proton dan lain-lain lagi. Jika Mahathir kembali ke dalam UMNO, maka seolah-olah satu "virus HIV" yang bakal membunuh pengidapnya. UMNO kini umpama pesakit AIDS yang sememangngya menanti waktu untuk "dikapankan". Tiada harapan untuk diselamatkan lagi sebenarnya. Maka itu jika Mahathir masuk semula maka itu merupakan petanda yang jelas UMNO bakal ditamatkan "riwayatnya" lebih cepat dari apa yang dijangka selama ini. Apakah Pak Lah rela melihat semua ini berlaku?.
[Mahathir bukankah sedang menghidupkan enjin pesawat peribadinya sekarang. Justeru itu mana mungkin beliau akan masuk semula ke dalam UMNO. Apa yang pasti, Mahathir akan lari keluar negara jika Anwar menjadi Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan