Suasana agak tenang di sekitar Kompleks Mahkamah Sesyen Jalan Duta tatkala orang ramai menanti ketibaan Anwar. Ramai penyokong Anwar sudah mula hadir ke mahkamah sejak awal-awal lagi. Kelihatan juga hampir 100 orang anggota polis sedang berkawal, seolah-olah menggambarkan Anwar umpama penjenayah besar yang amat dikehendaki. Terdapat juga kenderaan FRU yang bersiap sedia untuk melakukan tindakan sekiranya mendapat arahan pihak atasan. Difahamkan pihak polis sudah berada disitu sejak jam 7.00 pagi tadi lagi. Walaubagaiman pun tiada sekatan jalanraya dilakukan oleh pihak polis kali ini. Ianya memudahkan orang ramai serta pernyokong Anwar untuk hadir memberikan sokongan kepada mantan TPM itu. Hampir 100 petugas media dari dalam dan luar negara turut hadir untuk membuat liputan kes sensasi ini.Anwar hadir bersama isteri dan anak-anaknya sekitar jam 9.51 pagi sambil disambut dengan tepukan gemuruh daripada para penyokong yang hadir. Mahkamah hari ini akan mendengar prosiding hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan bagi memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi ataupun terus kekal di Mahkamah Sesyen. Pada awal prosiding pihak pendakwa telah mengemukakan bantahan awal terhadap pihak pembelaan yang membantah keras kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. Anwar dilihat telah memasuki bilik perbicaraan sekiatr jam 9.58 pagi.
Mahkamah Sesyen hari ini akhirnya terpaksa diputuskan pada 7 Oktober ini untuk menentukan sama ada kes Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak. Keputusan itu dibuat oleh hakim S.M.Komathy Suppiah selepas mendengar bantahan awal pihak pendakwaan dan peguam bela berhubung permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi. Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam bela mewakili Anwar membantah permohonan itu dengan alasan sijil yang ditangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dianggap tidak sah.
Dalam prosiding yang berlangsung kira-kira lebih satu jam, keadaan di galeri awam penuh sesak dengan hadirin terdiri daripada petugas media, ahli keluarga Anwar dan penyokongnya. Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga ketua pembangkang Parlimen didakwa meliwat Mohd. Saiful pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.
[Maka berakhirlah debaran dan penantian orang ramai terutamanya para penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat tentang ura-ura beliau akan ditahan ISA ataupun jaminan peribadinya akan ditarik balik oleh pihak mahkamah. Mujurlah ada lagi para hakim berwibawa yang dapat melaksanakan tugas dengan jujur dan amanah. Dengan keputusan ini bermakna Anwar dapat berhari raya bersama keluarga tersayang. Apakah kes ini bakal diteruskan atau mungkin dibatalkan kiranya perubahan kerajaan berlaku dalam masa terdekat ini].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan