“Kami sudah tiada ada kuasa membuat keputusan dan telah dipinggirkan dan dicela banyak kali," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini pagi ini. Gan menambah, tindakan tersebut juga bertolak daripada kepercayaannya bahawa pandangan yang diutarakan oleh bekas Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail pada Ogos lalu bukannya pendirian peribadi beliau tetapi pandangan anggota parti berkenaan.
Turut keluar Gerakan hari ini ialah bekas Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Tan Kang Ho; Ketua Biro Ekonominya, Julian Leong dan Setiausaha Wangsa Maju, Azali Omar. Naib Presiden PKR, dan Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa pula berkata, tindakan ahli-ahli Gerakan itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan mudah.
"Tindakan mereka ada berani. Tiada ganjaran wang diberikan dan tiada sebarang perbincangan mengenai jawatan dalam aprti (PKR)," katanya. Awal bulan ini, bekas Ahli Parlimen Segambut dan Ketua Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong telah menyertai PKR. mStar Online






Tiada ulasan:
Catat Ulasan