script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Pahang: Ahli Parlimen Kuantan, YB Puan Fuziah Salleh Adakan Majlis Ziarah Ramadhan !!

Ahli Parlimen Kuantan, YB Puan Fuziah Salleh telah meneruskan ziarah beliau bermula di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kampung Kurnia, kemudian ke Tanah Putih, Kampung Tengah, Galing, Soi dan bersama Wanita KeADILan Kuantan dan keluarga berbuka puasa mereka di Pejabat Perlimen Kuantan petang tadi. Di antara ziarah beliau adalah betujuan menyumbang zakat, sadaqah, dan beras kepada penduduk kawasan yang memerlukan - fakir, miskin, ibu bapa tunggal, dan anak yatim. Selain itu telah menziarahi pesakit di Hospital dan keluarga seorang allahyarham yang telah meninggal dunia sebelum itu.

Beliau juga telah bersama AJK KeADILan Cawangan Galing Besar yang menganjurkan “Gotong-Royong Bubur Lambuk Special Galing”. program itu dijalankan dengan memerianya dan disertai oleh AJK Bahagian Kuantan, Cawangan KeADILan Sri Kuantan dan Bomba. Beliau sentiasa berusaha mendidik dan membimbing Rakyat mengenai budaya politik baru menerusi ucapan-ucapan beliau tanpa mengira bilangan yang mendengar; tiada bezanya dari sudut kesungguhan ucapan-ucapan beliau agar rakyat menyedari dan memahami budaya baru dalam politik baru dan kehidupan yang disaluti nilai kemanusiaan yang tinggi tanpa mengira kaum.


Beliau berpendapat bahawa sebuah kerajaan seharusnya sentiasa memainkan peranan yang utama dalam meletakkan dasar-dasar yang menguntungkan Rakyat jelata. Kegagalan kerajaan melaksanakan yang demikian akan menatijahkan derita kepada Rakyat dan menjadikan kerajaan itu sebuah kerajaan yang menindas dan menzalimi Rakyat.

[Pahang Daily ucapkan syabas dan tahniah kepada YB Fuziah Salleh, biarpun berhadapan dengan berbagai rintangan dan dugaan namun beliau hadapi juga semata-mata untuk bersama rakyat di Kuantan. Untuk makluman, semua kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan iaitu Majlis Tempatan disini dilarang sama sekali mengadakan apa jua urusan dengan beliau. Malahan permohonan untuk mendapatkan perkhidmatan sewaan padang, dewan dan sebagainya tidak akan dilayan. Sebaliknya pihak MPK meluluskan pula permit niaga di Bazar Ramadhan berhadapan dengan Terminal Makmur Kuantan kepada warga asing dan Thailand. Inilah dia sikap "Double Standard" yang sengaja diamalkan oleh Kerajaan BN di Pahang. Patutlah akhirnya mereka berhadapan dengan tindakan "Sita" gara-gara saman RM60 juta baru-baru ini]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.