Susulan daripada isu tangkapan ISA terhadap Raja Petra, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily baru-baru ini, maka akhirnya BN menerima tamparan yang paling hebat dalam sejarahnya. Jika dulu, hanya pemimpin pembangkang sahaja yang sering menempelak hukum rimba yang zalim itu. Kini, dengan tidak disangka sokongan juga turut diterima dari pemimpin Barisan Nasional sendiri. Bermula dengan perletakan jawatan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim, kini isu ISA dipanaskan lagi dengan suara-suara daripada pemimpin parti komponen itu sendiri. Terbaru daripada PPP (Parti Progresif Rakyat), MCA dan sebelum itu Gerakan. Lebih menarik lagi Majlis Peguam juga sudah membuat ketetapan agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu dikaji semula atau dihapuskan. Dengan ini hanya tinggal puak-puak UMNO sahaja yang masih cuba mempertahankan undang-undang tersebut.Maka berbunyilah orang-orang seperti Hamid Albar, Muhamad Taib, Shafie Afdal serta ramai lagi pemimpin UMNO yang cuba untuk menjadi juara bagi mengekalkan undang-undang itu. Mereka ini langsung tidak mahu menerima atau memikirkan suara rakyat terbanyak yang menolak akta zalim itu. Mereka berkata supaya kerajaan terus mengekalkan akta tersebut atas tujuan untuk menjaga keamanan dan keselamatan negara. Soalnya sekarang apakah sudah tiada akta dan undang-undang lain yang boleh dipakai di negara ini dalam usaha menegakkan undang-undang?. Mengapakah ISA terus dipertahankan, walhal umum mengetahui bahawa ia dijadikan alat untuk menakut-nakut serta menjamin keselamatan puak-puak UMNO karat itu.
Jika ISA dikatakan sesuai untuk menjaga keamanan dan keselamatan, mengapakah kerajaan tidak menggunakannya untuk kes jenayah seperti rompakan, rogol, pembunuhan dan sebagainya. Bukankah penjenayah itu berbahaya dan boleh menganggu keamana serta keselamatan. Pembunuh Altantunya misalnya, mengapakah mereka dibicarakan? Tangkap dan sumbat sahajalah ke dalam ISA. Jangan biarkan mereka-mereka ini bebas serta selamat. Kelak ramai lagi rakyat Malaysia pula yang akan menjadi mangsa. Begitu juga dalam kes-kes pembunuhan yang lain. Biarpun sudah terang lagi bersuluh suspek yang ditahan itu ada bukti melakukan jenayah tersebut, namun mereka boleh membaut pengakuan "tidak bersalah" di mahkamah. Akhirnya kes itu dibicarakan secara adil dan saksama. Jika orang bunuh orang boleh dibicarakan secara adil, mereka juga boleh mendapatkan khidmat peguam dan sebagainya. Mengapakah ada rakyat Malaysia yang boleh "dihumbankan" ke tahanan ISA hanya sekadar tulisan dan ucapan semata-mata. Bukankah ini zalim namanya ! Kenapa Razak Baginda dibicarakan? Humbankan sahaja mereka ke ISA, jangan biarkan mereka menggunakan peguam untuk membela diri. Apakah mereka sanggup melakukan semua ini kepada "orang-orang mereka"? Tidak sama sekali, melainkan boleh mengganggu kepentingan politik mereka.
Inilah yang terjadi kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Ahmad Ismail baru-baru ini. Beliau yang didapati "bersalah" oleh MT UMNO gara-gara mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman semasa kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh hanya dikenakan hukuman gantung dari parti selama 3 tahun. Sebaliknya wartawan yang terbabit mengeluarkan artikel berkaitan kesalahan itu pula yang ditahan ISA?. Sungguh tidak logik bukan !. Manakala menteri bangang Hamid Albar mengatakan bahawa Ahmad sudah dihukum. Tapi hukuman yang dibuat itu adalah oleh parti dan bukannya oleh kerajaan. Jika begitu kaedahnya, wartawan Sin Chew daily juga boleh dihukum oleh majikannya dan tidak perlu ditahan ISA. Bukankah sesuatu yang tidak masuk akal. Parti dan kerajaan ada instrumen yang berbeza. Sepatutnya beliaulah yang perlu ditahan ISA dan bukannya wartawan terbabit. Tetapi memandangkan beliau adalah ahli UMNO dan penyokong kerajaan maka beliau bebas melakukan apa sahaja tanpa ditahan ISA.
Apakah adil hukuman dan undang-undang seperti ini wahai pemimpin UMNO?. Hanya puak-puak mereka sahaja yang menganggap ISA itu masih lagi perlu. Mungkin selepas ini bila kerajaan sudah bertukar, maka eloklah kita tahan sahaja puak-puak ini dalam ISA. Biar mereka tahu betapa sukarnya untuk kita menerima nasib sebegini. Maka itulah pastikan kita akan berjaya dalam memastikan perubahan berlaku dalam tampuk kepimpinan negara nanti.
[Syabas dan tahniah diucapkan kepada Blogger Kickdefella atas pembebasan beliau semalam. Mujurlah beliau tidak ditahan ISA seperti Raja Petra. Beliau hanya didakwa atas akta Hasutan gara-gara menyarankan pemasangan bendera jalur gemilang terbalik sebagai tanda protes rakyat sempena Hari Kemerdekaan baru-baru ini. Mungkinkah ada lagi rakan-rakan blogger yang akan ditahan selepas ini. Apapun, teruskan perjuangan "lawan tetap lawan"]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan