Jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kemungkinan besar "agenda 16 September" bakal ditunda. Itulah kenyataan terkini Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi. Ini berikutan proses peralihan kuasa yang telah dirancang sejak sekian lama, seakan nampak "bermasalah" lantaran usaha kerajaan untuk menggagalkan hasrat tersebut. Paksaan yang dibuat kepada ahli parlimen BN untuk turut serta dalam lawatan sambil belajar ke Taiwan baru-baru ini, menyebabkan kemungkinan besar kuota 30 orang seperti yang disasarkan bakal menemui "jalan buntu". Sememangnya, langkah BNBBC itu adalah kerana mereka tahu bahawa terdapat beberapa orang ahli parlimen berkenaan yang sudah beberapa kali bertemu dengan Anwar untuk tujuan yang demikian. Walau bagaimana pun menurut Anwar, mereka yang turut serta dalam lawatan tersebut tetap menyatakan pendirian untuk kekal menyokongnya.Beliau yang akan menghadapi kes mahkamahnya hari ini, dengan serius menyatakan bahawa sasaran 30 orang ahli parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat sudah mencukupi. Beliau berkata, langkah penangguhan itu mungkin terpaksa diadakan berlandaskan faktor semasa mutakhir ini. Keputusan itu dipersetujui dalam perbincangan secara terperinci dengan pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dengan risiko yang bakal terjadi sekiranya tanggal 16 September itu diteruskan. Beliau berkata demikian dalam pertemuan tersebut dirumahnya, Bukit Segambut selepas solat Tarawikh dan Solat Hajat malam tadi.
Menurut Anwar lagi, semua mereka yang pergi ke Taiwan dipercayai tidak dibenarkan pulang sebelum tanggal 16 September bagi menghalang sasaran Pakatan Rakyat untuk menubuhkan kerajaan. Justeru itulah langkah yang lebih praktikal perlu diambil bagi membolehkan pembentukan kerajaan baru itu dapat berjalan dengan lancar. Tentang kes mahkamahnya hari ini, beliau secara jelas dan "confident", kes tersebut tidak wajar diteruskan kerana terdapat berbagai percangahan fakta dan tiada bukti yang kukuh untuk mensabitkannya. Beliau percaya, kes tersebut akan dibuang dan kelebihan akan memihak kepadanya. Itu bakal berlaku, jika tiada hakimm "correct, correct, correct" menjalankan tugasnya. Justeru itu, seluruh rakyat diseru berdoa agar kebenaran bakal tertegak jua di bulan Ramadhan yang mulia ini.
[Laporan diterima, pihak polis akan mengadakan sekatan besar-besaran untuk menghalang penyokong Pakatan Rakyat hadir beramai-ramai ke Mahkamah Seksyen Jalan Duta pagi ini. Sokongan orang ramai diperlukan untuk memberi semangat kepada Anwar menghadapi kes ini].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan