script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Tamparan Hebat Buat BN, Mahkamah Tolak Petisyen Pilihanraya Bandar Kuching !!

Kerajaan Barisan Nasional menerima tamparan lebih hebat lagi dalam kehangatan politik yang melanda negara saat ini. Biarpun Pak Lah masih tetap mempertahankan kononnya beliau masih layak untuk diterima sebagai Perdana Menteri. Namun umum sudah dapat menilai segala apa yang berlaku mutakhir ini. Dalam keadaan Pakatan Rakyat semakin kukuh dan kuat sekarang ini mereka menerima satu lagi berita "kurang menyenangkan" bila Mahkamah Pilihan Raya hari ini menggugurkan dengan kos petisyen yang mencabar kemenangan Setiausaha Agung DAP Sarawak, Chong Chieng Jeng bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching. Kerusi itu dimenangi oleh Chong pada pilihan raya umum ke 12 8 Mac lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim, Datuk Clement Skinner selepas proses perbicaraan yang berlangsung selama 25 hari. Sebelum ini, seorang pengundi, Kho Whai Phiaw telah memfailkan petisyen pilihan raya terhadap responden (Chien Jeng) pada 28 April 2008 berkaitan bahan penerbitan yang dibuat Ahli Parlimen itu semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12. Dengan keputusan ini bermakna BN tewas dalam banyak petisyen yang melibatkan pembangkang, sebaliknya mereka kehilangan satu kerusi DUN (Sanglang, Perlis) dan Parlimen Pansiangan (Sabah) dalam petisyen yang melibatkan kerusi BN. Ini bermakna mereka kekurangan satu kerusi parlimen di Dewan Rakyat.

[Kita amat berbangga kerana mahkamah kini semakin bersikap adil dan telus. Keputusan yang berlaku ini jelas sekali menunjukkan kepada kita yang BN semakin diambang kehancuran sebenarnya. Maka perubahan kerajaan lebih mudah lagi dengan segala yang berlaku ini].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.