Dato' Nan semakin kurang ajar! Inilah yang boleh disimpulkan tatkala Pahang Daily mendapat maklumat dan luahan hati seorang rakyat Pahang baru-baru ini. Kes berkaitan penjualan "aset" berbentuk hartanah kepada "orang Cina" dijadikan isu oleh MB Pahang itu. Kes ini mungkin agak terpencil, namun sudah cukup untuk menunjukkan betapa sombong dan angkuhnya Adnan dalam menangani isu dan kehendak rakyat terbanyak. Kes ini berlaku kepada seorang sahabat yang hanya mahu menjual asetnya kerana memerlukan kewangan atas beberapa masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan sejak sekian lama. Akibat daripada keresahan yang kian melanda. Serta kemelut kewangan ini akhirnya membawa kepada hasrat beliau untuk menjual satu "asetnya" berbentuk bangunan. Sudah menjadi kebiasan aset yang bernilai hanya layak dibeli oleh "orang Cina" kerana kerjanya lebih mudah serta tidak banyak "cerewet". Tambahan pula "buyer" yang berminat untuk membeli aset tersebut mempunyai sumber kewangan yang cukup bagi membuat bayaran secara "lumsome" kepada penjual. Namun, masalah penjualan ini menghadapi masalah apabila proses yang sepatutnya berjalan sekitar 4 atau 5 bulan masih tidak diselesaikan di Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan. Ini berikutan, prosedur terkandung dalam akta tanah di negeri ini iaitu mana-mana hartanah pajakan 99 tahun perlu mendapatkan kelulusan Menteri Besar sekiranya ianya ingin dijual. Ini bermakna, biarpun kita hanya ingin menjual sebuah rumah kos rendah, ianya mestilah mendapat kelulusan MB tambahan pula jika ia dijual kepada kaum lain.
Banyak kes-kes kelewatan yang berlaku gara-gara sikap acuh tidak acuh MB menangani perkara ini. Difahamkan bertimbun-timbun fail yang perlu disemak dan ditandatangani oleh MB sebelum pihak pejabat tanah boleh mengambil tindakan selanjutnya. Kelewatan inilah yang menyebabkan kekecewaan bagi sesetengah orang. Tambahan pula bagi mereka yang sudah mengambil "deposit" atau memerlukan kewangan bagi melangsaikan masalah-masalah lain yang berkaitan. Proses yang terlalu lama menyebabkan penjual menanggung kerugian kerana terpaksa membayar segala caj berkaitan termasuk kelewatan. Bahkan ada sesetengah "pembeli" yang membatalkann perjanjian gara-gara kelewatan ini. Dalam kes lain, ada juga "penjual" pula menyaman pembeli gara-gara kelewatan yang tidak disengajakan. Ini kerana faktor kelewatan menyebabkan caj denda 10% setahun daripada harga jualan.
Masalah ini sudah berlarutan sekian lama di Pahang. Malahan perkara ini masih gagal diselesaikan kerana kelewatan dan masalah ini berlaku di pejabat Menteri Besar. Ramai "peguam" yang mengendalikan kes perumahan di Pahang juga kecewa dengan masalah ini. Mereka terpaksa berhadapan dengan berbagai kerenah daripada anak guamannya akibat kelewatan proses yang berlaku. Hasilnya, proses yang sepatutnya berlaku sekitar 4 ataua 5 bulan boleh memakan masa sehingga 10 bulan atau lebih dari setahun. Inilah yang amat membebankan rakyat Pahang sebenarnya. Kesukaran untuk menjual hartanah dalam negeri sendiri akibat sekatan kepentingan pajakan 99 tahun.
Sebenarnya kes ini bukan lagi kes terpencil bahkan ianya berlaku kepada ramai orang. Cuma, mungkin ada diantara mereka yang "memendamkan" sahaja kemarahan ini gara-gara tidak mempunyai ruang untuk meluahkan pandangan. Tetapi ini berbeza dengan "sahabat" yang terbabit ini. Beliau memerlukan "kewangan" kerna masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Maka dipendekkan cerita, beliau pun menjual "aset hartanahnya" di Kuantan. Baginya duit yang akan diterima hasil penjualan tersebut dapat meringankan bebanan yang beliau hadapi. Namun, perasaannya begitu kecewa apabila menanti punya menanti ia berlarutan terlalu lama. Akibatnya "sahabat" telah menghantar luahan hatinya ke dalam ruangan "forum pembaca" sebuah akhbar arus perdana. Maka keluarlah berita berkenaan yang dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia termasuk juga MB Pahang sendiri. Bergegar sekejap "Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan" dan juga SUK Pahang termasuk pejabat Menteri Besar di Wisma Sri Pahang gara-gara artikel yang disiarkan di akhbar itu.
Maka dipendekkan cerita Hamba Allah ini telah menjadi sensasi gara-gara artikel berkenaan. Hingga namanya disebut-sebut gara-gara dalam artikel berkenaan turut disiarkan nama penuh dan lokasi beliau iaitu "HJ.SAADON, INDERA MAHKOTA". Maka hebohlah orang di pejabat tanah dan daerah Kuantan memperkatakan perihal beliau ini. Akhirnya berita tersebut sampai ke pengetahuan MB Pahang. Maka setelah artikel tersebut keluar, Hj.Saadon telah pergi ke pejabat tanah dan berjumpa peguam berkenaan penjualan hartanahnya itu yang terlalu lama. Akhirnya peguamnya mengarahkan beliau berjumpa MB Pahang. Maka beliau pun berjumpalah Dato' Nan di pejabat Menteri Besar. Berlakulah adengan yang tidak diingin sewaktu didalam pejabat MB Pahang itu.
Dato' Nan dengan lagaknya telah mengatakan beliau memang sudah lama menunggu Hj.Saadon. Sungguh malang nasib MB Pahang itu, ketika Hj.Saadon menghulurkan salam bagi menghormati beliau, Adnan hanya menghulurkan "jari" sahaja. Dengan sombongnya, orang hulur salam Adnan hanya bagi "jari"nya sahaja !! Sudahlah tu, belum apa-apa beliau terus memarahi Hj.Saadon dengan mengatakan "Inilah kerja orang Melayu, jual tanah kat orang Cina". Itulah herdikan beliau sedangkan Hj.Saadon hanya mahukan beliau menandatangani borang berkenaan sahaja. Banyak lagi kata-kata kesat yang beliau hemburkan kepada Hamba Allah itu. Kurang pasti sama ada MB Pahang itu "sign" atau tidak borang berkenaan. Namun apa yang pasti, beliau telah meninggalkan Hj.Saadon "sendirian" di dalam bilik MB. Sedangkan beliau telah lari keluar dari biliknya sendiri kerana begitu "marah" kepada Hj.Saadon yang bertindak untuk menjual "hartanahnya kepada kaum Cina". Ini jelas menunjukkan betapa "kurang ajar"nya Adnan sebagai seorang Menteri Besar yang sepatutnya memudahkan rakyat. Tapi sebaliknya beliau pula yang menjadi "batu penghalang". Sesungguhnya kes ini harus menjadi bukti tentang "kebobrokan" pemimpin UMNO/BN ini sebenarnya.
Tidak dapat dipastikan selepas kejadian ini, apakah permohonan Hj.Saadon selesai atau tidak. Namun sebenarnya senario ini memang berlaku di negeri Pahang. Segala hartanah yang hendak dijual, perlu mendapat kelulusan daripada MB sekiranya ia berstatus pajakan 99 tahun. Inilah masalah yang membebankan ramai rakyat Pahang yang mahu menjual atau membeli hartanah di negeri ini. Proses yang terlalu lama dan berpanjangan menyebabkan pihak terbabit terpaksa menanggung berbagai kerugian yang tidak sepatutnya. Bahkan lebih teruk lagi ada penjual yang disaman gara-gara masalah tersebut.
MB Pahang cuba menjadi juara kononnya menghalang hartanah dijual kepada "kaum Cina" atas alasan menyelamatkan harta terbabit. Walhal beliau juga harus fikir, kiranya tiada orang Melayu yang mampu membeli atau ingin memiliki hartanah terbabit. Maka kepada siapa lagi harus dijual?. Sedangkan dalam masa yang sama, pihak pemilik hartanah terbabit memerlukan kewangan bagi menanggung segala masalah yang dihadapi oleh mereka. Adnan tidak boleh menjadi juara dalam hal ini kerana kerajaan negeri dan UMNO sendiri telah khianat. "Cakap tak serupa bikin", Adnan tidak membenarkan hartanah dijual kepada Cina, tetapi dalam kes hartanah UMNO di Luit yang dihebohkan baru-baru ini, terang-terang ia dijual kepada Cina. Bahkan tanah rezab Melayu berdekatan Transit Point di bandar Kuantan juga telah tergadai bila ia diluluskan untuk mendirikan East Cost Mall, kompleks membeli belah terbaru dan terbesar di Kuantan sekarang. Banyak lagi sebenarnya kecurangan yang berlaku terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pahang ini, cuma ia tidak didedahkan kepada umum. Semoga kes yang berlaku kepada Hj.Saadon ini dapat menjadi pengajaran dan ikhtibar kepada semua rakyat Pahang selepas ini. Teruskan agenda perubahan agar hidup rakyat kembali aman dan makmur.
[Difahamkan, antara sebab utama kes ini berlaku ialah kerana MB Pahang itu mendapati Hj.Saadon amat cenderung kepada parti pembangkang sejak akhir-akhir ini. Bahkan, kelibatnya sering dilihat dalam setiap kali ceramah yang melibatkan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan