script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Sidang Media PKR, Anwar Ada Cukup Majoriti Untuk Bawa Usul Undi Tak Percaya !!

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mengumumkan Pakatan Rakyat telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, untuk mendesak supaya diadakan Sidang Parlimen Khas untuk berdebat usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran kerajaan Barisan Nasional selewat-lewatnya pada hari Selasa, 24 September 2008. Kenyataan ini dikeluarkan kerana beliau begitu yakin sememangnya sokongan terhadap kepimpinan Pak Lah selaku Perdana Menteri semakin kian terhakis kini. Hanya beberapa kerat sahaja pemimpin UMNO dan BN yang masih mahu mempertahankannya. Lantaran itulah beliau tidak hairan Pak Lah kini bakal menggunakan apa jua cara untuk menghalang agenda Pakatan Rakyat ke Putrajaya.

Anwar bagaimanapun tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker. Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut. Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi "bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya."

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan. Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. "Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya," kata beliau.

Dengan maklumat terbaru ini adalah diharapkan agar seluruh rakyat dapat bertenang dengan situasi yang berlaku ini. Beliau yakin dan optimis bahawa perubahan pasti akan terlaksana dalam tempoh terdekat ini. Pak Lah tidak boleh berselindung lagi sekarang. Beliau boleh lakukan apa saja untuk menghalang kebangkitan rakyat. Namun jika takdir sudah menentukan, beliau seharusnya mengambil sikap terbuka akan hal ini. Negara kita Malaysia harus diselamatkan, jika tidak kehancuran yang lebih teruk akan berlaku tidak lama lagi. Sokongan rakyat terhadap beliau dan Pakatan Rakyat juga semakin meningkat dari masa ke semasa. Maka itulah menjadi tanggungjawab kita untuk bangun membela rakyat. Suara Rakyat Suara Keramat !!

[Apapun, sidang media hari ini dilihat sungguh panas dan cukup mendebarkan. Dijangka satu lagi sidang media tergempar akan berlaku bila-bila masa, jika Pak Lah masih berdegil dan tidak mahu melepaskan jawatannya itu]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.