Ada yang datang dari Kuantan (Hatta dan rakan-rakan) , Kuala Lipis, Bentong (Nizam dll ) dan lain-lain lagi. Kami bergerak secara konvoi lapan bua
h kenderaan dan tiba di Kuala Lumpur sekitar 6.45 petang itu. Suasana ketika itu masih agak lengang, kerana mungkin ramai penyokong yang belum sampai dan keluar kerana berbuka puasa di rumah masing-masing. Kami sempat berbuka puasa di sebuah restoran berhampiran tasik tepi Stadium MBPJ. Sekitar jam 9.30 malam acara sudah bermula. Pengacara majlis membuat ucapan aluan dan rakyat rakyat dimintan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan "Negara
ku".
Suasana begitu meriah dan gamat ketika itu. Diluar masih ada ramai lagi yang baru tiba, kesesakan telah berlaku kerana masing-masing mencari tempat untuk meletakkan kenderaan.
Kelihatan beberapa orang petugas yang mengedarkann "bendera Malaysia" dan "gelang getah Malaysia Tanahairku" kepada orang ramai. Difahamkan pihak PKR mengedarkan 1 juta bendera untuk semua negeri, bagi diletakkan dan dikibarkan di kenderaan masing-masing mulai 16 September. Orang ramai mula memberi perhatian dan berpusu-pusu masuk ke padang bagi melihat dari dekat amanat yang bakal disampaikan oleh Anwar bairpun skrin besar diletakkan di pentas utama VIP. Ucapan dimulakan dengan beberapa orang pemimpin termasuk yang utama Kamaruddin Jaafar Setiausaha Agung PAS (mewakili Presiden) dan Lim Kit Siang dari DAP. Ucapan yang disampaikan jelas sekali memberi semangat kepada rakyat untuk melihat perubahan. Kit Siang juga berulang kali menyebut yang "kerajaan baru" akan ditubuhkan segera dan Anwar akan diangkat sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat ini.

Anwar memulakan ucapan sekitar jam 10.40 malam dengan disambut laungan keramat daripada seluruh rakyat yang hadir. Nampak begitu meriah dengan jeritan 916 "Nine One Six" bergema di seluruh stadium. Ternyata aura Anwar semakin terasa, dan mantan TPM itu akan kembali berkuasa. Dalam ucapannya Anwar menegaskan perubahan kerajaan akan berlaku dalam masa terdekat setelah mengambil kira pelbagai faktor dan jumlah Ahli Parlimen sudah mencukupi. Beliau berkata wakil-wakil Pakatan Rakyat telah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk bertemu denganya bagi membuat perundingan ke arah itu. “Petang tadi, Anthony Loke, Johari telah pergi ke Putrjaya, hantar surat untuk berjumpa segera dengan perdana menteri sebab kita mahukan perubahan aman dan tenteram,” kata Anwar. Ketua Umum KeADILan itu juga berkata banyak perkara yang telah dilakukan Barisan Nasional antaranya dengan membawa Ahli-ahli Parlimen ke Taiwan beberapa hari lalu serta menahan Ahli Parlimen DAP Teresa Kok dibawa ISA, walaubagaipun perubahan kerajaan masih seperti yang dirancang.
“Kita ada cukup jumlah untuk mengalahkan BN. Bukan hendak paksa, pergi Putrajaya hendak heret, ambil alih bukan mengikut hukum rimba, yang lalu tetap berlalu,” katanya lagi. Anwar turut berkata, ada pengumumkan akan dilakukan hari ini berikutan pendirian Pakatan Rakyat. Pahang Daily difahamkan bahawa satu sidang media oleh beliau akan diadakan hari ini (Jam 2 petang ini di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya). Sementara itu, mengulas mengenai peletakan jawatan Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Anwar berkata Zaid akan mengumumkan berita gembira dalam masa dua atau tiga hari ini. Beliau juga sekali lagi menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat memerintah minyak akan diturun segera, semua tahanan ISA akan dibebaskan manakala royalti minyak sebanyak 20% akan diberikan kepada Sabah dan Sarawak. Sementara itu kerajaan juga akan mengisyhtiharkan 31 Ogos (Hari Kemerdekaan) dan 16 September (Independent Day, Hari Malaysia), bagi memberi penghargaan kepada rakyat Sabah dan Sarawak yang sekian lama berada dalam Malaysia.
[Pahang Daily akan hadir di sidang media Anwar di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya jam 2.00 petang ini. Nantikan laporan terkini perkembangan ini di Pahang Daily. Adalah difahamkan satu kenyataan rasmi akan dibuat oleh beliau tentang perkara ini]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan