Susulan laporan terdahulu Pahang Daily bahawa Saifuddin Abdullah, ahli parlimen Temerloh pahang antara "calon panas" yang bakal sertai Pakatan Rakyat maka hebohlah "kroni-kroni" terdekat beliau menghantar SMS menayakan info ini. Biarpun kesahihannya masih belum jelas dan terjawab lagi, namun laporan ini nampaknya masih tidak berubah. Saifuddin boleh mengelak dengan mengemukakan berbagai jawapan serta alasan, namun hakikatnya tetap sama. Sama ada beliau berubah fikiran atau tidak itu masih belum dapat dipastikan setakat ini. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti ramai lagi ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri Pahang yang bakal berhijrah ke Pakatan Rakyat untuk bersama Anwar membentuk kerajaan baru pada 16 September ini. Apapun, tahniah diucapkan kepada Saifuddin kerana begitu cepat untuk mempertahankan dirinya dalam isu ini. Sila baca kenyataan media beliau yang disiarkan dalam akhbar arus perdana semalam.
PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan, beliau tidak akan meninggalkan Umno untuk menyertai parti pembangkang, sebaliknya yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kuat dan kukuh. Beliau menyatakan hairan tentang penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan beliau akan menyertai Pakatan Rakyat, sambil berkata, tiada mana-mana pihak termasuk pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menemuinya untuk memujuk beliau meninggalkan Umno. Katanya, beliau merupakan ahli seumur hidup Umno dan tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk melompat ke parti lain."Walaupun ada khabar angin bahawa kerajaan lain akan dibentuk pada 16 September, tetapi saya tetap yakin BN akan terus memerintah sebab ini ialah pilihan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun kedua Easy Phamax Marketing di sini hari ini.Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, beliau sedang mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti pada Disember selepas ramai kawan mencadangkan beliau berbuat demikian. Mengenai kenyataan Gerakan untuk mengkaji kedudukannya dalam BN, Saifuddin berkata, beliau berharap Gerakan tidak akan meninggalkan BN hanya disebabkan kenyataan Ketua Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail yang menganggap kaum Cina sebagai 'pendatang'.
[Pahang Daily masih menyiasat beberapa orang pemimpin kanan UMNO Pahang yang turut akan bersama Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Sesungguhnya gelombang perubahan kini bakal melanda negeri ini. Semoga ini akan memberi kesedaran dan tamparan hebat buat MB Pahang, Dato' Nan yang begitu angkuh dan sombong itu]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan