Sebelum ini syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (SGM) memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut bayaran lebih RM37 juta daripada kerajaan Pahang dan Jabatan Perhutanan negeri. Permohonan itu dibuat ekoran kegagalan kedua-dua pihak itu menjelaskan tuntutan saman walaupun tempoh untuk berbuat demikian tamat April lalu. SGM telah mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 16 Julai lalu bagi mendapatkan perintah supaya Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri menjelaskan saman sebanyak RM37, 127,471.60 kepada syarikat itu dengan segera.
Pengarah SGM, Syed Ali Badarudin Syed Osman berkata, saman itu sepatutnya sudah dijelaskan sepenuhnya pada 7 April lalu apabila kerajaan negeri tewas dalam kes saman yang dikemukakan syarikatnya sebelum ini. "SGM kecewa kerana perintah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 supaya amaun saman itu dibayar kepada syarikat kami tidak dipatuhi oleh kerajaan negeri. ''Kegagalan atau keengganan membuat bayaran sehingga sekarang boleh disifatkan sebagai menghina keputusan mahkamah," katanya.
Syed Ali berkata, sijil berkaitan perkara itu telah dikeluarkan kepada pihak penuntut mengikut Seksyen 33 Akta Prosiding Kerajaan 1956 untuk bayaran amaun penghakiman berjumlah RM37,127, 471.60 berserta faedah lapan peratus setahun mulai 31 Disember 2000.
Menurutnya, perintah mahkamah tersebut sekali lagi dikeluarkan pada 7 Januari lalu dan kerajaan negeri diberi tempoh sehingga 6 April untuk membuat bayaran tuntutan saman kepada syarikat terbabit dengan jumlah terkumpul mencapai lebih RM60 juta pada masa ini. Mahkamah Tinggi Kuantan dan Mahkamah Rayuan Putrajaya juga memutuskan bahawa kerajaan Pahang dituntut membayar saman itu tetapi tiada sebarang pembayaran dibuat hingga hari ini. ''Maka, syarikat kami terpaksa mengemukakan permohonan bagi mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi Kuantan untuk mendesak kerajaan negeri berbuat demikian," katanya.
[Pahang Daily mengucapkan syabas dan tahniah kepada SGM kerana berjaya menang dalam kes ini. Semoga dengan ini dapat memberi pengajaran kepada semua pemimpin politik UMNO dan BN agar lebih bertanggungjawab dalam menangani sesuatu itu. Jangan sombong dan bongkak, serta menghina mahkamah!!. Dato' Nan sebelum ini sering menyatakan beliau tidak akan melayan segala tuntutan saman tersebut. Namun akhirnya kini terbukti!! Pahang akan disita!!]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan