script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Pahang: Tengku Mahkota Harap Istana Tidak Dikaitkan Dengan Pemilihan UMNO !!

Pemimpin dan anggota Umno di Pahang yang akan bertanding jawatan di peringkat bahagian parti itu bulan depan diingatkan oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah supaya tidak mengheret istana dalam meraih undi dan sokongan.

"Saya tidak nafikan terdapat pihak tertentu yang bertanding merebut jawatan dalam Umno bahagian datang bertemu dengan saya tetapi itu tidak bermakna saya merestui atau mereka mendapat sokongan dan perkenan saya untuk bertanding," titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin tempatan, ahli politik, wakil-wakil NGO dan kakitangan kerajaan Daerah Raub hari ini. Tengku Abdullah beritah tindakan mengheret istana boleh mengeruhkan keadaan dan membuat anggota Umno berada dalam keadaan serba salah untuk memilih pemimpin Menurut baginda, mereka yang menawarkan diri bertanding sepatutnya bertindak menampilkan kekuatan dan kewibawaan diri sendiri untuk meraih sokongan.

Dalam titahnya pada majlis itu, Tengku Abdullah menasihatkan rakyat Pahang supaya tidak bercakaran sesama sendiri sematamata kerana berlainan idealogi politik. "Rakyat perlu kembali bersatu padu, bertolak ansur serta berkompromi dan bukannya terus berpecah belah kerana taksub dan ingin mempertahankan pemimpin tertentu," titah Tengku Abdullah.

[Sebenarnya di Pahang, sememangnya ramai pemimpin politik yang sering melibatkan istana dalam setiap kali berlaku pemilihan sama ada di peringkat bahagian mahupun negeri. Bahkan ada sesetengah pemimpin sanggup mengadap dan merayu sokongan istana, semata-mata kerana namanya tidak dicalonkan bertanding dalam pilihanraya. Istana juga dikatakan amat rapat dengan pihak-pihak tertentu hingga menyebabkan pemimpin yang diketahui rasuah dan menyeleweng terus diberi tempat dalam pentadbiran kerajaan negeri Pahang. Maka saranan Tengku Mahkota Pahang ini diharap dapat meredakan keadaan yang berlaku sekian lama ini]

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.