script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Pahang: Mesyuarat Agong Keadilan Bahagian Kuantan Berlangsung Biar Pun YB Fuziah Salleh Masih Di Taiwan

Mesyuarat Agung KeAdilan Kuantan, berlangsung hari ini di Grand City Hotel. Kehadiran membanggakan. Namun tidak kelihatan kelibat YB Fuziah Salleh selaku Ketua KeAdilan bahagian ini. Khabarnya kini beliau masih berada di Taiwan kerana tersangkut akibat masalah teknikal di sana. Ribut dan taufan Sinlaku yang melanda Taiwan memaksa semua penerbanagn dibatalkan. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), S.Ponusamy @ Mr.Ram (Wakil PKR Negeri dan Ketua Bahagian Bentong), Tuan Syed Abd Rahman (PAS), Dato Fauzi Abd Rahman (Bekas Ahli Parlimen Kuantan yang baru sahaja menyertai PKR), dua orang Exco Wanita KeAdilan Pusat, wakil DAP, PAS, bekas-bekas calon dan juga pihak media turut hadir.
Mesyuarat pertama dimulakan dengan persidangan Angkatan Muda yang begitu gamat sekali dengan berbagai isu yang dibangkitkan. Ucapan perasmian AMK telah dilakukan oleh Sdr. Zulfikar Ali Ariffn, Wakil AMK Pusat merangkap Pengarah Pilihanraya AMK Pusat. Beliau juga adalah bekas Ketua AMK Pahang sebelum ini. Mesyuarat juga turut memilih 4 orang wakil perwakilan AMK ke Kongres Nasional Tahunan ini. Berlaku sedikit insiden yang tidak diigini apabila terdapat beberapa orang perwakilan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat tersebut. Namun, atas faktor masa maka akhirnya ia diteruskan juga bagi menjamin keselesaan semua perwakilan yang hadir. Perwakilan kemudian terus bersama dalam mesyuarat Agong Bahagian selepas itu.
Kehadiran tetamu kehormat sebagai perasmi YB Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota sedikit mencuri perhatian perwakilan. Beliau yang dalam rangka kerja untuk mengadakan program di Chini, Pekan sempat singgah di Hotel Grand City dengan hanya "berpelikat" dan berbaju Melayu sahaja. Imej santai yang ditunjukkannya melambangkan bahawa parti sememangnya "berpaksikan rakyat" dan tidak mengutamakan "protokol" semata-mata. Dalam ucapan beliau YB Azan banyak menyentuh hal-hal semasa dan hala tuju perjuangan PKR dalam tempoh mendatang. Beliau amatlah berharap agar semua ahli dapat memperkukuhkan ukhwah dan senantiasa berkerjasama bagi membentuk kekuatan dalam usaha merampasa negeri Pahang nanti.
Mesyuarat kemudian berlangsung dengan penuh harmoni tanpa sebarang insiden seperti mesyuarat AMK sebelum itu. Banyak agenda yang telah dibincangkan. Timbalan Ketua Bahagian Kuantan, Saudara Munif sebelum itu telah membacakan kenyataan yang di emailkan oleh YB Fuziah Salleh dari Taiwan. Antara lain Fuziah mengharapkan agar perjalanan mesyuarat dapat berjalan dengan lancar. Fuziah juga memohon maaf atas ketidak hadiran beliau. Beliau berharap agar para perwakilan dapat menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah mempertahankan kemenangan di parlimen Kuantan untuk penggal akan datang. Fuziah juga menerangkan tentang sikap takut kerajaan BN dengan mengarahkan semua anggota BNBBC untuk lari ke Hong Kong setelah mengetahui ketibaan pimpinan PKR disana. Mereka telah dilarikan dari Hotel Sheraton dengan 40 buah teksi pada kira-kira jam 3 pagi. Semua ini dilakukan kerana mereka gusar dengan kehadiran pimpinan PKR disana. Para pemimpin BNBBC itu sebenarnya bukannya mempunyai jadual lawatan ke sana, sebaliknya Taiwan dijadikan lokasi untuk kesemua mereka diberikan habuan berupa "duit poket". Ini katanya jika habuan itu diberika di Malaysia maka ianya akan dianggap sebagai "rasuah". Tetapi jika diberikan di luar negara ia "duit poket" Fuziah juga menegaskan, jika beginilah keadaannya maka kesemua ahli parlimen terbabit telah khianat kepada sumpah mereka sebagai ahli parlimen. Mereka sanggup menerima rasuah, ini bermakna mereka akan terus bersekongkol dengan pemimpin itu biarpun mereka tahu tentang keburukan yang dilakukan. Mesyuarat kemudian telah mengadakan pemilihan 5 orang perwakilan mewakili Parti KeAdilan Bahagian Kuantan ke Kongres Nasional tahun ini.
Beberapa usul telah dibincangkan dan antara yang paling mendapat perhatian ialah perihal tindakan displin kepada mana-mana ahli yang didapati khianat dan sering memburukkan parti. Usul tersebut telah diterima dengan sebulat suara. Manakala itu usul menghalang mana-mana pemimpin dan ahli baru (dari UMNO dll) untuk terlibat memegang sebarang jawatan dalam parti turut dibahaskan. Usul tersebut mendapat sokongan dan bantahan daripada perwakilan. Ada yang bersetuju tempoh satu penggal diberikan sebelum pemimpin terbabit boleh bertanding, mana kala ada yang tidak bersetuju dengan memberi alasan apa yang penting ialah kesetian serta komitmen mereka. Usul tersebut mendapat perhatian semua perwakilan dan terpaksa ditangguhkan. Mesyuarat kemudian berakhir dengan persidangan Perwakilan Wanita Keadilan kira-kira jam 3 petang. Apa yang pasti, Mesyuarat Agong Parti KeAdilan Bahagian Kuantan hari ini dapat berjalan lancar tanpa ada halangan. Cuma ada beberapa insiden kekecohan berlaku kerana ada beberapa orang perwakilan yang tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat pada hari itu.
Sementara itu, Fuziah Salleh itu juga turut menafikan kelewatan rombongan mereka pulang ke tanah air ada kena-mengena dengan ISA. “Tiadalah (kaitan). Saya sepatutnya sudah berangkat malam semalam kerana perlu hadir Mesyuarat Agung Bahagian (PKR) di Kuantan pagi ini tetapi disebabkan taufan Sinlaku yang melanda, saya tidak dapat balik,” katanya. Beliau menyifatkan kunjungan mereka untuk ‘memburu’ Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya melompat parti sebagai sangat berjaya namun tetap enggan mendedahkan jumlah dan identiti mereka yang sudah bersetuju menyertai PKR. “Kerja sudah siap. Tunggulah sehari dua lagi... kemungkinan akan diumumkan oleh Datuk Seri Anwar (Ibrahim),”. Sebelum ini ada yang berpendapat kesemua mereka akan ditahan ISA.
[Pahang Daily mengucapkan tahniah kepada seluruh saf kepimpina KeAdilan Bahagian Kuantan kerana berjaya mengendali mesyuarat agong dengan lancar hari ini. Pihak kami juga sempat mengadakan satu sidang media dengan beberapa orang wartawan tentang pelancaran blog ini sebagai wadah yang menjadi pemangkin perubahan serta perjuangan di negeri Pahang]
Share:

1 ulasan:

  1. Tahniah kpd YB Fuziah kerana berjaya menjayakan MATB di sebuah hotel(biarpun bukan bertaraf 5 bintang)sekurang-kurangnya ada improvement daripada tahun yang sebelumnya.
    Tetapi yang menghairankan ialah sikap-sikap AJK sendiri yang tidak pernah berubah."Haruskah penipuan atau memperbodohkan" kami sabagai ahli-ahli PKR.Walaupun kami tidak memegang apa-apa jawatan didalam parti PKR sekurang-kurangnya kami tidak BODOH didalam perlembagaan.
    MATB pada tahun ini,lebih-lebih lagi AMK seolah-olah 'MELEPAS BATUK DITANGGA'.Sepatutnya Ketua AMK bhg Kuantan membuat persiapan rapi 1-2 minggu sebelum mesyuarat dijalankan.
    Atas kuasa veto YB Fuziah,khabarnya beliau melantik Ketua AMK yang baru iaitu sdr Aidil Haryman bagi mengantikan saudara Kamarul Hatta.
    Apa bezanya diantara kedua-duanya?Sdr Kamarul Hatta seorang yang bekerja kuat untuk YB Fuziah malahan beliau sanggup mengadaikan nyawa untuk ditukarkan dengan YB Fuziah malangnya faktor umurlah menyebabkan beliau diganti tetapi diganti oleh seorang yang berjiwa besar tetapi gagal menlaksanakan tugas seperti diamanahkan.
    Sebagai contoh program DSAI di Kuantan,beliau sepatutnya menjaga keselamatan DSAI iaitu mengekori DSAI sehingga ke tempat ceramah.
    Malangya beliau gagal untuk berbuat demikian.Untuk mepertahankan namanya beliau terpaksalah mengimpas YB Fuziah agar beliau terpilih sebagai Ketua AMK.
    Beliau bukanlah popular sangat dengan ahli AMK kerana nama beliau telah dicalonkan oleh sdr Kamarul Hatta untuk menjadi wakil ke Kongras PKR pada 23/9 - 25/9 nanti.Malahan undi yang beliau dapat adalah yang paling sedikit diantara sembilan orang calon yang lain namun diatas sikap beliau yang pandai bermain 'belakang'YB Fuziah diangkatlah beliau sbg YB Fuziah.
    Tujuan aku bukan apa hanya menyuarakan pendapat semoga cucu-cucu mat kilau tidak dikenali sebagai kaki bodek tetapi seorang pejuang yang tulin,berani menegak kebenaran.Parti yang mempunyai kaki bodek samlah seperti parti yang UMNO yang akan tumbang sedikit masa lagi.
    Ingatlah kepada YB Fuziah,DSAI telah menerima natijahnya akibat percayakan kpd sdr Saiful Bahari.......janganlah kita mendengar pula YB Fuziah dikenakan oleh orang kepercayaan sendiri.
    Kami semua sayangkan pemimpin kami.........sebab itu kami menyatakannya agar pelanduk tidak lupa akan jeratnya...............

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.