
Hari ini adalah detik keramat
"16 September 2008", iaitu tarikh yang diumumkan selama ini tentang pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat. Ramai yang ternanti-nanti dan menunggun info terkini berkenaan perkara ini. Pahang Daily telah hadir di sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi. Sidang media telah diadakan bermula pada jam 2.20 petang tadi. kelihatan ia menerima kehadiran begitu ramai wartawan media tempatan dan asing untuk mendengar
"pengumuman gempar" daripada Anwar tentang peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru. Turut hadir ialah beberapa orang pemimpin kanan Pakatan Rakyat. Apa yang jelas dalam sidang medianya sebentar tadi Anwar sekali lagi menyatakan bahawa perubahan kerajaan pasti berlaku dalam masa terdekat ini.
Beliau yang cuba mengadakan pertemuan khas dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi tentang hal ini berharap agar rakyat bersabar dan berdoa semoga perubahan ini dapat berlaku dalam proses yang terkawal. Beliau memberi peluang kepada Pak Lah untuk "berunding" tentang peralihan kuasa secara aman. Perubahan yang berlaku tidak perlu ada keganasan atau rusuhan yang boleh menyebabkan negara berada dalam keadaan huru-hara. Beliau menyatakan segalanya sudah berada dipenghujungnya. Pak Lah perlu menerima hakikat bahawa rakyat sudah menolak kepimpinannya. UMNO dan Barisan Nasional harus memikirkan masa depan negara dan rakyat. Kelemahan pentadbiran dan penolakan rakyat jelas dapat dilihat bermula semasa Pilihanraya Umum Mac lalu. Anwar juga tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN yang bakal menyertai Pakatan Rakyat. Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Rakyat hanya bersedia dan hanya akan mengumumkan nama-nama Ahli Parlimen BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad terlebih dahulu. "Sebaik sahaja jumpa Perdana Menteri, kita akan patuh mengikut Perlembagaan termasuk mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Pakatan Rakyat mengumumkan sasaran membentuk kerajaan baru 16 September - sempena pembentukan Malaysia pada 1 April lalu - selepas pilihan raya umum 8 Mac. Pada sidang media hari ini, sebagaimana dikatakan malam tadi dan beberapa kali sebelum ini, Anwar mengulangi mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru. Kata beliau, Pakatan Rakyat mempunyai lebih daripada 31 Ahli Parlimen tambahan - daripada BN yang diperlukan bagi mencapai sasaran mereka. Ketika ditanya butiran mengenai ahli-ahli Parlimen berkenaan, Anwar berkata: "Kalau umumkan sekarang mereka akan ditangkap kerana kita sudah tahu prosedur kerajaan.".
Anwar juga menegaskan bahawa hari ini, tanggal 16 September rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia iaitu hari dimana negara kita menjadi satu rakyat yang bersatu. Hari ini juga katanya mempunyai makna baru. Selepas bertahun berjuang, melawan sistem yang dilanda dan mengabaikan prinsip keadilan. Beliau sekali lagi menegaskan bahawa Pakatan Rakyat kini berada diambang kemenangan. Hasrat kita katanya untuk membina semula negara dan menyatu padukan rakyat Malaysia sebagaimana yang dicita-citakan oleh pejuang kemerdekaan sudah semakin dekat kini.
Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang semakin meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh pihak kerajaan. Pentadbiran sekarang ternyata gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini. Anwar juga yakin Pakatan Rakyat dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. "Kami akan melaksanakannya secara bertanggungjawa, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini" katanya.
Anwar juga berkata "Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysai yang majmuk. Justeru itu, kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada PM menerusi surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam (15 Septermber). Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakn peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, dimana dokumen milik kerajaan negeri dilupuskan oleh kerajaan terdahulu. Kami juga ingin mengingatkan kepada elemen radikal dalam BN agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secar tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato' Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Pak Lah merupakan diantara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok juga merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas undang-undang" katanya.
Anwar juga menegaskan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan duduk semeja dengan PM untuk melaksanakan proses peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Antara perkara yang akan dibincangkan ialah seperti berikut :
Agar Barisan Nasional tidak menghalang Ahli Parlimen mereka dari bertindak mengikut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan.
Barisan Nasional tidak boleh menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan Ahli Parlimennya yang berhasrat untuk menyertai Pakatan Rakyat atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjumlah 82 orang itu.
Kerajaan Barisan Nasional seharusnya tidak menggunakan kuasa Darurat, Kuasa Polis atau menggantung perlembagaan mahupun membubarkan parlimen didalam usaha mereka untuk menghalang Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan baru.
Dan kerajaan Barisan Nasional tidak membuat sekatan jalanraya dan menghalang Ahli Parlimen dari memasuki parlimen serta institusi kerajaan yang lainnya.
Menurut Anwar "Kami yakin PM berkongsi keperihatinan yang sama, terutamanya berkenaan dengan kebajikan rakyat dan keselamatan negara. Kami percaya beliau akan memastikan Barisan Nasional bertindak mengikut perlembagaan dan prinsip-prinsip demokratik demi memastikan peralihan kuasa yang aman, serta tiada tindakan sabotaj untuk menghalang hasrat rakyat ataupun menggunakan retorik berbaur perkauman. Kami menyeru masyarakat dari semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini." katanya.
"Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada didalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada di dalam era baru, maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan profesionalisme kewartwanan mereka" kata Anwar lagi.
Akhir sekali Anwar juga menegaskan Perdana Menteri diberi tempoh yang cukup untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara ini. Jika tiada "respond" maka pimpinan Pakatan Rakyat akan meneruskan hasrat untuk bertemu Agong. Walau bagaimana pun jika Pak Lah bersetuju, selepas itu juga mereka akan meneruskan gerak kerja sebagaimana yang digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan untuk memohon perkenan Yang Di Pertuan Agong dalam usaha membentuk kerajaan baru ini.
[ Sesungguhnya nampak benar betapa serius Anwar dalam memperkatakan perihal perubahan kerajaan ini dan ianya bukanlah omongan kosong seperti yang diwar-warkan oleh beberapa kerat pemimpin UMNO selama ini. Sama ada segala misi ini akan terlaksana, semua ini dapat kita lihat dalam masa terdekat ini. Apakah Pak Lah bersetuju untuk mengadakan perundingan ataupun masih berkeras untuk mempertahankan sisa-sisa kuasa yang ada pada kerajaannya]
Kuat menipu natang BABI anwar ni weh!
BalasPadamuntuk rawna...kau ni memang bodoh,buta hati...bengong tolol..
BalasPadamsuka2 je kata org babi..abis kau sapa?
perangai org2 mcm kau ni,mcm ayam betina ,riuh sekampung tapi apaa pun
tarrak...
porrah...malas nk layan...
Anak BABI di panggil NANGOI
BalasPadamKenapa nangoi jalan tunduk..sebab malu mak dia Babi
Lol lol lol