script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lompat Parti, BNBBC Sudah Lompat Negeri !! Apakah Anwar Juga Bakal Ke Jeriji Besi ?

Detik 16 September semakin hampir, dan esok Anwar akan dihadapkan ke mahmakah semula atas kes liwatnya itu. Apakah ada harapan "lompat parti" akan berlaku, sedangkan dalam masa yang sama hampir 49 (terbaru 51) orang ahli parlimen BN dari BNBBC telah "dilompatkan" ke Taiwan dalam "misi pertaniaan" mereka. Inilah yang menggusarkan rakyat sekarang !! Apakah sesuatu akan dilakukan terhadap Anwar esok?. Pak Lah tentunya mempunyai strategi yang licik untuk menggagalkan hasrat Anwar untuk menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat 16 September ini. Apapun boleh berlaku kini. Biarpun kabarnya, ramai yang pergi ke Taiwan akibat "dipaksa atau terpaksa". Namun itulah realitinya, bahawa pemergian mereka itu adalah langkah terbaik dalam membendung berlaku lompat parti seperti yang diwar-warkan oleh Anwar ini.
Bagi PKR khusus Anwar yang mahu memancing 30 orang Ahli Parlimen BN, lawatan sambil belajar ini dikira sebagai gerakan "membawa lari" para Ahli Parlimen BN menjelang 16 September ini. Mengikut statistik terkini kalau sudah 49 orang Ahli Parlimen BN sertai lawatan itu maka yang tinggal ahli BNBBC di dalam negara cuma 30 orang. Seramai 61 orang Ahli Parlimen lagi yang tidak ikut serta berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Adakah Anwar ada harapan untuk menarik 30 baki ahli BNBBC itu?. Jika diikutkan kepada senarai nama yang tinggal nampaknya harapan ini agak tipis. Kebanyakan mereka seperti Anipah, Ghafur, Mukhriz dan Muhamad Aziz, yang kesemuanya bukanlah kaki "mudah goyah" dan memang diketahui amat taat setia kepada UMNO dan BN selama ini.
Justeru itu, apakah misi ini akan tercapai atau sekadar tinggal "impian" semata-mata. Hanya Anwar yang mengetahui semua ini. Apapun kita sama-sama nantikan apakah perkembangan terkini kes perbicaraan Anwar di Mahkamah Seksyen Jalan Duta esok. Jika ada petanda "positif" berlaku, maka harapan untuk melihat perubahan pasti akan terlaksana jua akhirnya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, maka penantian kita akan lebih menyiksakan. Terpaksalah menati sehingga Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Harus diingat, 13 adalah nombor "favourite" Pak Lah dan bukan Najib. Harapan kita agar kes liwat Anwar akan dibuang esok. Namun, ada juga angin yang menyatakan kemungkinan besar kerajaan akan menggunakan segala kuasa yang ada untuk memaksa mahkamah menarik balik kebenaran "ikat jamin" yang diberikan kepadanya sebelum ini. Jika ini berlaku, pasti seuatu yang lebih "gempar" akan terjadi. Apakah Anwar akan dihantar kembali ke Sg.Buloh !! Ayuh, beramai-ramai ke Mahkamah Jalan Duta ..
[Sama-samalah kita berdoa agar segala yang dirancang bakal terlaksana jua akhirnya. Jangan lupa temui wartawan Pahang Daily disana. Salam perjuangan buat semua]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.