script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: UMNO Berbalah, Peralihan Kuasa Atau Petanda Kuasa Yang Akan Beralih 16 Sept Ini !

Isu peralihan kuasa kini hangat diperkatakan!. Nampaknya UMNO terus bergolak. Kemelut yang melanda ini seolah-olah satu "badai" yang sedang memukul "kapal yang hampir karam". Jika tidak dikemudi dengan betul, maka kapal itu akan terdampar ditengah lautan. Akhirnya bakal tenggelam sepert kapal "Titanic" dulu. Sungguh tragis adengan itu. Kini, mereka berkecamuk, jika sebelum ini dengan parti kaum Cina dalam BN berhubung isu Ahmad Ismail. Kini timbul pula isu baru iaitu "peralihan kuasa".
Kenyataan Muhyiddin Yassin sesungguhnya telah mengguriskan hati Pak Lah. Bukankah isu "peralihan kuasa" telah dipersetujui oleh MT UMNO dulu. Pak Lah akan menyerahkan kuasa kepada Najib pada tahun 2010 nanti. Maka Pak Lah pun merayu dan menyeru agar perkara itu tidak dibangkitkan lagi demi menjaga keharmonian parti karat itu. Namun, kini segalanya sudah "terang lagi bersuluh". Ramai pemimpin kanan UMNO yang jujur seperti Muhyiddin nampak jelas bahawa peralihan kuasa tidak akan berlaku seperti yang dirancangkan. Ini terbukti bila Pak Lah asyik dengan kempennya untuk mempertahankan jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Disember ini. Masalahnya jika Pak Lah menang, maka sudah pasti beliau akan mengatakan beliau masih mendapat sokongan ahli peringkat akar umbi. Samalah seperti Samy Vellu MIC, yang sering menyatakan bairpun hanya seorang sahaja yang menyokong beliau maknannya beliau masih mendapat sokongan. Inilah yang akan berlaku kepada Pak Lah nanti. Akhirnya beliau akan terus mempertahankan "kekuasaannya" bila Khairy dipertanggungjawab untuk "mencantas" orang-orang Najib dan Mahathir dalam jawatan tertinggi parti karat itu.
Jika ini berlaku, maka harapan untuk Najib naik tampak "pincang" dan "samar-samar". Maka itulah, isunya sekarang ialah mereka tidak mahu temph peralihan itu terlalu lama. Dalam masa yang sama UMNO semakin "tenat" dan berada dalam keadaan "Nazak" ketika ini. Lantaran itu, Muhyiddin terpaksa memanggil semula "Nakhoda Mahathir", yang sebelum ini telah lari dari kapal itu gara-gara tidak "belaga angin" dengan nakhoda seorang lagi. Kini, Mahathir kononnya datang sebagai penyelamat. Apa yang ingin diselamatkan pun kita sangsi !! Apa yang pasti kehadiran Mahathir "bagai siri pulang ke gagang". Mahathir mungkin akan "ditatang bagai minyak yang penuh" selepas ini. Apakah ini petanda yang Mahathir ingin berkuasa kembali. Nampak ada rasionalnya kini. Mahathir pernah berkata dulu bahawa Najib dan Muhyiddin bukanlah calon paling layak untuk jadi PM. Maka siapa yang layak?. Beliau awal-awal lagi menolak Anwar. Bahkan memberi amaran akan lari keluar negara jika Anwar jadi PM.
Senario semasa menyaksikan bahawa memang Pak Lah dalam dilema sekarang ini. Mahu meletakkan jawatan sekarang, beliau takut keluarganya diapa-apakan. Jika diteruskan pasti ada "musuh dalam selimut" yang akan menentang. Pak Lah sudah tidak percaya lagi kepada kejujuran semua orang baik Najib, Muhyiddin atau sesiapa sahaja. Beliau kini terpaksa mendengar nasihat dari anak dan menantunya. Maka, apakah percaturan yang bakal diambil?. Semalam, Zaid Ibrahim Menteri yang menjaga undang-undang tapi tidak bercakap sepatah pun perihal kes "liwat Saiful" sejak dulu kini dan selamanya. Mungkin beliau takut dikatakan menyebelahi Anwar agaknya, maka jalan terbaik buat tak tahu sahaja kes "liwat" itu bairpun beliau boleh membaca perjalanan kes yang sungguh "mengarut" itu.
Maka dalam kes ini, Zaid mahu jadi pahlawan untuk mempertahankan Pak Lah. Beliau mahu Muhyiddin letak jawatan atau disingkirkan !!. Itu baru seorang, jika semakin ramai lagi buat kenyataan yang sama?. Maka siapa yang akan tinggal dalam UMNO?. Buat kenyataan sesuka hati demi "periuk nasi" itulah dia Zaid Ibrahim sebenarnya. Berbalik kepada isu peralihan kuasa, sesungguhnya pemimpin UMNO mahukan perubahan sekarang !! Bukan menunggu dua tahun lagi hingga tinggal "nyawa-nyawa ikan". UMNO perlu diselamatkan, maka itulah Mahathir diharap bakal menjadi pahlawan untuk memulihkan semula parti karat itu. Apakah Mahathir berjaya atau beliau bakal kecundang dengan kesnya yang berlambak-lambak itu. Bahkan Pak Lah juga belum bersetuju menerima beliau masuk semula ke dalam UMNO. Hanya Muhyiddin yang membuat pertemuan dan mahukan Mahathir kembali. Pak Lah boleh menolak jika beliau mahu. Namun, berlembut kononnya tunggu keputusan MT dulu baru boleh buat kenyataan.
Akhirnya, UMNO terus berkecamuk sesama sendiri. Pak Lah kini ditentang empat penjuru iaitu Anwar, Najib, Ku Li dan mungkin juga Mahathir sendiri. Jika tidak kena pada gayanya, mungkin Mahathir akan menentang Pak Lah dalam pemilihan parti itu jika beliau dicalonkan. Ini kerana beliau melihat Najib mempunyai banyak fail yang boleh disangkutkan !!. Apakah misi Team Mahathir ini berjaya?. Mereka semua teruk berbalah untuk peralihan kuasa, atau apakah kuasa itu sendiri akan beralih kepada Pakatan Rakyat 16 September ini. Sama-sama kita nantikan !!
[Perbalahan yang berlaku dalam UMNO mutakhir ini menunjukkan yang parti itu sudah tidak relevan lagi untuk abad ini. Apakah ia bakal menjadi sejarah? Mungkin suatu hari nanti anak-anak kita akan bertanya UMNO tu apa ayah? Maka kita akan menjawab "UMNO adalah sejenis Virus berbahaya yang boleh merosakkan manusia". Maka anak kita pun berpuas hati. Selamat tinggal UMNO dan selamat datang Pakatan Rakyat untuk tahun-tahun yang akan datang]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.