Nampaknya kes liwat Anwar semakin "bercelaru" kini. Jika ia diteruskan juga sudah pasti akan menambahkan kepincangan yang berlaku dalam badan kehakiman negara. Secara dasarnya, kita dapat melihat yang tiada "bukti kukuh" untuk ia didengar. Namun, agak menghairankan kita apabila ia bakal dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pula. Sijil perpindahan pula dikatakan telah ditandatangani oleh Peguam Negara Ghani Patail. Walhal sebelum ini Pak Lah berjanji dua individu terbabit iaitu Musa Hassan dan Ghani Patail tidak akan terlibat dalam kes ini. Tambahan pula pihak Badan Pencegah Rasuah masih menjalankan sisasat terhadap Ghani, berikutan laporan Anwar bahawa beliau terbabit dalam memalsukan keterangan dalam kes liwat 1998 dulu.
Maka, apakah motif sebenar Ghani tiba-tiba dilibatkan?. Apakah kini kerajaan semakin terdesak untuk menghalang kemaraan mantan TPM itu, lantaran dalam apa jua cara sekali pun Anwar mesti didakwa dan dipersalahkan. Biarpun berbagai bukti kukuh yang dilihat dapat membantu untuk pihak polis dan mahkamah menggugurkan kes sensasi ini. Itu belum lagi termasuk "sumpah laknat" Saiful yang dilihat telah menghina mahkamah sebelum ini. Tambahan pula pengakuan yang berbelit-belit dibuat oleh anak muda itu juga harus diambil perhatian yang sewajarnya. Sekejap kata suka sama suka, kemudian bertukar pula kononnya beliau dipaksa pula. Maka yang mana satu yang betul?. Ini jelas membuktikan Saiful berdusta, dan sepatutnya pihak mahkamah boleh mendakwa beliau atau pertuduhan membuat pengakuan palsu dan menghina mahkamah. Sebaliknya lain pula yang berlaku di negara kita yang kononnya dalam proses membersihkan badan kehakiman negara.
Mana hilangnya peguam terkenal yang kini memegang portfolio menteri yang menjaga urusan ini iaitu Zaid Ibrahim?. Kenapakah dalam kes liwat Anwar ini beliau menyepi seribu bahasa. Butakah mata beliau yang badan kehakiman negara sedang "diliwat" kembali !. Dengan kepakaran undang-undang yang ada dalam diri, sepatutnya Zaid boleh "berbunyi" dan mengeluarkan kenyataan tegas beliau berkenaan isu ini. Sikap diam membisu menteri UMNO itu, menguatkan lagi hujjah yang kes ini sememangnya merupakan satu lagi "konspirasi politik" dalam usaha untuk menjatuhkan imej, maruah dan masa depan politik Anwar.
Rakyat hakim negara! Ini telah dibuktikan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini. Biarpun isu liwat sering diwar-warkan semasa kempen berlangsung, namun ia ternyata tidak diterima rakyat. Kes ini seolah-oleh satu "lawak jenaka alaf baru" yang dilakonkan oleh badut-badut jalanan seperti Saiful Bukhari. Soalnya, mengapakah ia mahu diteruskan juga?. Sudah pastilah semuanya telah mendapat perkenan daripada pihak atasan. Namun, pernah juga kita terfikir sebelum ini mereka begitu yakin kepada hukum Islam terutamanya dalam kes sumpah laknat. Kononnya Anwar perlu bersumpah mengikut Islam, kerana itu yang dituntut oleh agama bagi membersihkan dirinya. Tetapi kini, mengapakah kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi? Kenapa tidak dipindahkan sahaja ke Mahkamah Syariah?.
Bukankah ini adalah kes syarie yang perlu dibicarakan mengikut undang-undang Islam. Inilah yang menjadi kemusykilan kita sebenarnya. Justeru itu, kita amat yakin yang kes ini bakal menemui jalan "buntu" kerana terlalu banyak percangahan serta penyelewengan fakta yang dapat dilihat jelas oleh sesiapa sahaja yang mengikitu perjalanannya sejak dari awal lagi. Dalam sejarah, sememangnya kerajaan itu akan punah bila rakyat boleh menilai dan menjadi hakim dalam kes-kes mahkamah seperti ini. Rakyat lebih tahu apakah yang akan terjadi kelak tanpa perlu menunggu proses mahkamah itu sendiri selesai. Bukankah ini sesuatu yang amat memalukan. Maka Zaid Ibrahim harus bertanggungjawab untuk membersihkan semua itu sekarang !
Mahkamah Seksyen hari ini telah menetapkan 24 Sept ini untuk mendengar hujah berhubung permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes liwat Anwar ke Mahkamah Tinggi. Hakim S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu ekoran bantahan terhadap permohonan itu oleh peguam Anwar, Sulaiman Abdullah. Beliau juga membenarkan permohonan Sulaiman untuk diberikan masa menyediakan hujah kerana mendakwa pihak pembelaan diberitahu mengenai pemindahan itu hanya 10 minit sebelum prosiding hari ini bermula pada 10 pagi tadi.
Anwar, 61, yang juga ketua pembangkang di Dewan Rakyat, mengaku tidak bersalah pada 7 Ogos lepas terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151 Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas. Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan. Komathy memberi masa dua minggu kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk membuat persiapan bagi penghujahan nanti. Jika dilihat kepada barisan peguam yang membela Anwar ternyata ia sudah cukup menggambarkan kes ini. Saiful yang hanya diwakili oleh peguam "cap ayam" yang langsung tidak dikenali selama ini. Maka, apakah beliau boleh berhadapan dengan barisan peguam Anwar yang cukup terkenal dan berpengalaman. Soalnya, kenapa hanya seorang sahaja peguam yang mewakili Saiful jika kes ini ada kebenarannya?. Bukankah mereka boleh melantik dan membeli lebih ramai peguam untuk bersekongkol dengan mereka bagi mempertahankan Saiful. Namun, ternyata kini tiada lagi peguam yang sanggup mempertahankan "pembohongan yang nyata" dalam kes ini. Mereka semua tahu bahawa, kes ini tidak akan ke mana pun. Justeru itu, lebih elok mereka menjaga integriti dan profesionalisme daripada mencemarkan maruah.
Sebagai rakyat yang prihatin sesungguhnya kita melihat penangguhan kes ini tadi jelas mencabul amalan perundangan di negara ini. Kes itu sepatutnya buka dibawa ke 24 September tetapi ia harus dibuang !! Apakah kita sekali lagi mahu membenarkan masyarakat antarabangsa memandang serong kepada undang-undang negara?. Dunia sudah melihat kes Altantunya yang semakin "kusut" dan kini ditambah lagi dengan kes terbaru ini. Sudah cukup kita dimalukan dalam kes pertama Anwar dulu. Apakah kita mahu, unggapan "Law Of The Jungle" sekali lagi diberikan kepada badan kehakiman negara?. Marilah kita sama-sama berdoa agar Anwar akan terlepas daripada sebarang dakwaan manusia durjana seperti ini. Mereka lebih bernafsu untuk kepentingan politik masing-masing daripada menjaga integriti seperti yang dilaung-laungkan selama ini. Semoga dengan ini juga "agenda 16 September" dapat lebih mudah terlaksana demi untuk kita melihat masa depan yang lebih terjamin untuk generasi akan datang. Demokrasi perlu disuburkan kembali, jika tidak selama-lamanya kita akan terus terpenjara dibumi tercinta ini.
[Kita amatlah berharap agar hakim Komathy tidak menjadi KO, Koma dan Mati pula nanti. KO, akibat tertwas dek rasuah yang dihulurkan. Koma, gara-gara tidak terima rasuah beliau diberi tekanan hingga kesihatan terjejas. Atau mati, tiba-tiba sahaja kes ini digantikan dengan hakim yang baru terutamanya hakim "Corect correct correct" ataupun Agaustine Paul. Jika ini berlaku pasti sekali lagi badan kehakiman akan punah ranah dibuatnya nanti]








Tiada ulasan:
Catat Ulasan