script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu ISA: Teresa Kok, Saya Dijamu Makanan Seperti "Makanan Anjing" !!

teresa kok dap hq isa release pc 190908 02Exco kanan kerajaan Selangor, Teresa Kok yang dibebaskan daripada penahanan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) menghabiskan tujuh hari dalam penjara di balai- polis “antara Sentul dan Jalan Ipoh”. Menjelang pesta kuih bulan Ahad lalu, dua hari selepas ditahan, wakil rakyat Seputeh itu berkata beliau sedih kerana pada waktu itu beliau sepatutnya berada bersama ahli keluarga.“Saya sedih memikirkan perasaan mereka di luar tanpa kehadiran saya,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya petang tadi - lebih dua jam selepas dibebaskan di balai polis Jalan Travers, Kuala Lumpur tengah hari tadi . Pesta kuih bulan merupakan sebuah perayaan yang penting bagi masyarakat Cina. Pada hari itu, semua ahli keluarga berkumpul bersama-sama untuk makan besar. Ahli parlimen Seputeh itu juga berkata beliau dijamu “seperti makanan anjing” - dua butir telur rebus, timun dan kuah dua kali sehari pada waktu makan tengah hari dan makan malam.

Katanya, beliau ditempatkan dalam bilik kecil 6 x 8 meter dan dikehendaki memakai baju lokap sepanjang ditahan bawah akta kontroversi itu. Pada sebelah malam, tambahnya lagi, beliau tidur bertilamkan papan sahaja di sebuah bilik berudara tidak segar. Beliau hanya diberikan dua bantal apabila diminta, katanya. Bagaimanapun selimut dibekalkan. Teresa juga berkata, beliau pada mulanya tidak dibekalkan dengan sebarang bacaan untuk mengisi masa lapangnya. Apabila perkara itu diberitahu kepada polis di balai berkenaan, mereka bertanya kepadanya sama ada beliau memerlukan Bible, al-Quran atau kitab agama Buddha. “Kamu bagi Bible, Quran, kitab Buddha, kamu bagi apa-apa saja, saya baca. Lepas itu, polis bawa saya sebuah Bible,” katanya yang beragama Kristian. Atas permintaannya beliau dibekalkan dengan akhbar setelah beberapa hari “tidak tahu-menahu apa yang berlaku”.

Teresa juga berjaya “mencuri” udara segar dan berhawa dingin apabila dibawa bertemu dengan pegawai penyiasat setiap hari pada jam 5.30 petang. Untuk dibawa ke situ, pada hari pertama sahaja beliau digari, selepas itu tidak lagi selepas dibantah. Menyatakan kekesalan atas penahanannya itu, Teresa berkata belaiu tidak boleh faham bagaimana beliau dikatakan mengancam keselamatan negara sebagai alasan untuk menangkapnya di bawah akta itu. “Bila saya tanya mereka tidak boleh jawab. Mereka kata itu arahan daripada pihak atasan,” katanya.“Ini bulan Ramadan, bulan suci, ini dosa. Kenapa tangkap orang yang tidak bersalah.” Sepanjang tempoh penahanan itu, menurutnya, beliau memberikan kerjasama penuh dengan menjawab semua soalan yang diajukan pegawai penyiasat kepadanya. “Saya tulis jawapan untuk semua soalan. Semua yang ditulis sama seperti apa yang dinyatakan dalam blog. Saya sangat telus,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kinrara itu. Penahanannya genap tujuh hari lalu juga disifatkan seperti sebuah penculikan. “Polis sekat kereta saya, mengetuk cermin mengatakan ditahan di bawah ISA,” katanya.

Beliau juga mempersoalkan polis yang tidak membenarkannya membuat panggilan telefon sewaktu awal-awal ditangkap sedangkan, katanya, beliau layak mendapat satu panggilan kepada keluarga dan peguamnya. Beliau juga tidak dibenarkan pulang ke rumah untuk mandi dan menukar baju terlebih dahulu. Oleh itu, Teresa, memberikan nombor-nombor telefon penting kepada pemandunya supaya penangkapannya itu dapat dimaklumkan. Dalam sidang akhbar penuh ceria yang dihadiri beberapa pimpinan DAP dan PKR dan kedua ibu-bapanya itu, beliau berkata akan terus bekerja sebagai exco dan wakil rakyat kerana “ada banyak kerja untuk dibuat”.Beliau berkata akan lebih sibuk daripada dulu. Ditanya sama ada polis menyatakan sebab pembebasannya, beliau berkata tidak. [malaysiakini]

[Menyorot kembali apa yang berlaku kepada Teresa Kok ini, teringat kita kepada Saudara Malek Hussin yang pernah ditahan sepertinya dulu. Malek menang dalam kes samannya berjumlah RM2.5 juta terhadap Ketua Polis Rahim Noor, DSP Borhan Daud dan Kerajaan Malaysia. Dalam laporannya Malek juga ada menyebut beliau diberi minum air kencing dan diberi makan "tahi anjing". Maknanya apa yang berlaku kepada Teresa tidak sehebat apa yang dihadapi oleh Malek Hussin. Semoga kejadian ini dapat membuktikan kepada rakyat bahawa tahanan ISA sememangnya dilayan seperti binatang sebenarnya. Bukan seperti apa yang digembar-gemburkan oleh pihak media arus perdana selama ini]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.