script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Penahanan Raja Petra Ada Kaitan Dengan Misi Bentuk Kerajaan 16 September !!

Nampaknya, serangan "siber" telah mula berlaku. Tektik licik yang sekian lama dirancang akhirnya menjadi kini. Kerajaan sudah terlampau terdesak untuk mengekang pengaruh laman-laman blog, hingga akhir melaksanakan arahan serta undang-undang "zalim" bagi menahan para penulis blog atau "Blogger". Jika dulu mereka melihat tiada asas untuk mendakwa dan menahan berlandasakan peraturan. Kini, mereka terpaksa melakukannya demi menghalang kemaraan para blogger ini. Penahanan, Raja Petra jelas membuktikan betapa pincangnya amalan undang-undang di negara ini Beliau bakal ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Ini bermakna Raja Petra akan beraya di dalam penjara. Bukankah ini zalim namanya !! Namun, sebagai pengajaran untuk menakut-nakutkan para blogger yang lain maka ia terpaksa juga dilaksanakan.
Kerajaann seolah-olah "double standard" dalam hal ini. Kita dapat melihat semua ini adalah kerana desakan politik semata.mata. Walhal, kes Raja Petra itu sepatutnya disiasat dan dibawa ke mahkamah. Kerana tiada bukti yang beliau mengizinkan artikel seperti itu ditulis dalam ruangan "komentar pembaca'. Mungkin penulis terbabit adalah SB atau tali barut UMNO yang mencari "sebab musabab" untuk menahan Raja Petra yang dilihat semakin berbahaya sekarang ini. Kenyataan Pak Lah bahawa Raja Petra amat merbahaya dan bakal mengancam keselamatan dalam negeri tidak boleh diterima sama sekali !! Ini kerana, kenyataan itu hanya terdapat dalam blog peribadi beliau dan tidak langsung diketahui oleh semua rakyat. Hanya mereka yang memasuki blog beliau sahaja yang mungkin akan terbacanya. Itu pun tidak ramai yang akan membaca ruangan komen dibawah artikel berkenaan. Biasanya pembaca hanya akan melihat artikel utama semata-mata. Maka itu, siapakah penulis upahan yang telah diarahkan untuk mensabitkan Raja Petra dengan kesalahan ini.
Maka akhirnya blogger itu ditahan, atas alasan menghina Islam, Nabi Muhammad SAW serta mengancam keselamatan negera. Apakah rasionalnya mereka menyatakan demikian?. Apakah benar Raja Petra mengancam keselamatan negara?. Atau beliau mengancam keselamatan beberapa kerat pemimpin UMNO yang rakus dan ingin mempertahankan kuasa. Jika beliau dikatakan mengancam keselamatan negera! Mengapakah Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera tidak ditahan juga dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kes Ahmad lebih mengancam kesematan negara, kerana beliau memainkan isu perkauman dan bila-bila masa sahaja boleh terjadi pergaduhan jika tidak dikawal dengan betul. Begitu juga dengan Khir Toyo, yang terang-terangang mengatakan "peristiwa 13 Mei" bakal berlaku lagi baru-baru ini. Bukankah ianya boleh mengancam keselamatan negara !! Mengapakah mereka tidak ditahan?. Walhal parti Gerakan dan MCA telah membuat laporan polis terhadap Ahamd Ismail, dan mahu supaya kerajaan menahan Ahmad dibawah ISA. Tetapi mereka pandang sebelah mata sahaja.
Mengapa bila tiba part Raja Petra, dikatakan mengancam keselamatan negara. Jika begitu adanya, kerajaan mungkin akan menangkap pula Anwar Ibrahim selepas ini. Ini kerana, Anwar boleh dituduh mengancam keselamatan negara. Sama seperti ketika beliau ditahan pada 20 September 1998 dulu. Ketika gelombang reformasi bermula. Beliau dituduh mengancam keselamatan negara. Tetapi kini mengapa mereka tidak berani untuk menangkap Anwar dan menghumbankan mantan TPM itu ke penjara Sg.Buloh. Walhal, keadaan negara sedikit kacau bilau dan huru-hara kini, disebabkan kerana "agenda 16 September". Beranikah mereka menahan Anwar seperti dulu ?. Justeru itu, mengapakah Raja Petra ditahan?. Bukankah Raja Petra akan berhadapan dengan beberapa kes mahkamah selepas ini gara-gara fitnahnya dalam kes Altantunya dan Saiful. Bahkan kemungkinan besar Raja Petra juga akan menjadi saksi kerana beliau telah mendedahkan akuan bersumpah doktor Pusrawi yang memeriksa dan merawat Saiful.
Dengan penahanan ini juga, terbukti yang kerajaan cuba menghilangkan seorang saksi utama dalam kes liwat Saiful yang akan dibuka semula di Mahkamah Tinggi pada 24 September ini. Mereka tahu, bahawa penyiasatan kes membuktikan yang Anwar tidak bersalah dan segalanya adalah satu "konspirasi politik" semata-mata. Maka itulah Raja Petra ditahan, kerana mereka yakin jika tidak dibuat demkian pasti dalam masa terdekat ini beliau akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat terbaru berhubung dengan kes liwat Saiful dan Altantunya itu. Apapun, Pahang Daily mengucapkan syabas kepada Raja Petra kerana beliau adalah "pejuang rakyat" yang sebenarnya. Berani, tegas, berprinsip dan bermaruah tidak seperti beberapa kerat pemimpin UMNO yang masih mempertahankan Pak Lah sebagai PM biarpun sudah ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum baru-baru ini.
[Blog Pahang Daily mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak untuk menyebarkan info blog ini. Kami mengharapkan agar blog ini bakal menjadi wadah yang berguna untuk kita terus berjuang mempertahankan hak rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia Tanahairku yang tercinta ini. Salam Ramadhan buat semua umat Islam di seluruh dunia.Amin]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.