script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Sah, Akhirnya Parti Maju Sabah Umumkan Keluar Dari Barisan Nasional !!

Akhirnya Sah !! Apa yang digembar-gemburkan selama ini kini ternyata terbukti. Parti Maju Sabah (SAPP) membuat keputusan keluar daripada Barisan Nasional (BN) melalui mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di sini hari ini. Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan berkata, meskipun beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu, MT parti telah mencapai suara majoriti.``Saya sendiri tidak tahu kedudukan saya dalam kerajaan negeri berikutan keputusan itu,'' katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri. Beliau bertindak keluar awal daripada mesyuarat tersebut kerana kecewa dengan keputusan parti. SAPP mempunyai dua ahli Parlimen dan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam kerajaan.

Selain Tan, seorang ADUN dilantik sebagai pembantu menteri, seorang lagi MT SAPP turut dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN. Buat masa ini belum dapat dipastikan apakah SAPP akan bersama Pakatan Rakyat. SAPP boleh dikatakan sudahpun berada di luar BN secara automatik setelah pengumuman Yong Teck Lee mengenai keputusan partinya, SAPP, yang mengarahkan dua ahli parlimennya mengundi tidak percaya kepada pimpinan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi walaupun motion itu belum tentu dapat dikemukakan di persidangan parliment. Seorang pemerhati politik mengatakan bahawa "belum table motionpun SAPP sudah mengundi, ini ternyata tindakan pembangkang".

Apapun, SAPP tidak dapat lari dari kenyataan. Dalam mesyuarat Agung Perwakilannya, ramai yang menyokong usul SAPP Kota Belud yang diketengahkan oleh Tuan Haji Madri Akong supaya keberadaan SAPP sebagai komponen BN dikaji semula. Seminar anjuran PIPPA, Progressive Institute of Public Policy Analysis, minggu lepas yang bertajuk "Economy In Jeopardy" kemudian muncul di skrin putih semasa dalam bilik seminar sebagai bertajuk "Malaysia Economy in Jeoparday" yang menjemput Ms. Foong Wai Fong, yang lantang mengkritik sebarang policy kerajaan, ternyata sebagai program "exit" SAPP dari BN.

Beberapa siri Mesyuarat Yong Teck Lee dengan DSAI menguatkan lagi anggapan umum bahawa SAPP tidak lagi berpaksikan perjuangan BN. Beberapa tindakan kepimpinan SAPP hanya dilihat sebagai "cari pasal saja". Tambahan pula, Dr. Jeffry Kitingan dari PKR diberikan tepukan gemuruh dan kehadirannya dalam seminar itu diberikan "acknowledgement" khusus. Saya lihat mantan MP Tuaran, Datuk Madius Tangau juga turut berada di situ dan menjadi pengerusi penal selepas "ceramah" dari jemputan khas itu. Itu semua adalah tindak tanduk bahawa SAPP sudah tidak selari dan serasi lagi dengan BN. Kini SAPP telahpun membuat keputusan dan keputusan itu sukar dikaji semula lagi. Ianya satu tindakan yang sudah pun menyatakan "selamat tinggal" kepada BN.

[Pengumuman ini membuktikan bahawa segala apa yang diperkatakan oleh Anwar bakal terlaksana dalam tempoh terdekat ini. Justeru itu, yakinlah bahawa perubahan pasti berlaku. Pakatan Rakyat ternyata bakal mengambil alih kepimpinan negara "rakyat hakim negara"]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.