Memang sudah dijangka, bahawa perkara ini pasti akan dibangkitkan semula. Dalam keadaan melayu yang terus berbalah dan kononnya akal berlaku rusuhan kaum, maka apakah benar UMNO pembela nasib Melayu?. Jika dalam kes UITM, bukan main lagi mereka memainkan isu kononnya Pakatan Rakyat tidak membela Melayu. Namun kini sebenarnya telah terbukti bahawa UMNO sebenarnya yang gagal membela nasib Melayu. Terbaru, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diminta meletak jawatan jika gagal melaksanakan semula pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Cadangan itu merupakan keputusan yang dicapai pada Persidangan Meja Bulat Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu dengan alasan bahasa Inggeris gagal membantu murid-murid menguasai sains dan matematik. Ahli Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, daripada analisis Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007, hampir 30 peratus pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) gagal Bahasa Inggeris."'Jumlah ini melibatkan 140,000 pelajar dan mereka ini akan tergolong dalam pelajar yang kurang pintar jika Sains dan Matematik terus diajar dalam bahasa Inggeris,'' katanya Zainal berkata demikian pada sidang akhbar selepas perbincangan meja bulat berkenaan di Rumah Gapena di sini hari ini yang melibatkan lebih 40 pertubuhan bukan kerajaan. Beliau berkata, peserta juga menuntut supaya Kementerian Pelajaran melaksanakan Dasar Pendidikan Negara yang termaktub sejak Penyata Razak 1956 hinggalah Akta Pendidikan 1999 yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. ''Bahasa Melayu sudah menunjukkan keupayaannya sebagai bahasa penghantar dan bahasa ilmu di semua sekolah dan institusi pendidikan selama lebih 30 tahun. Menghapuskan bahasa Melayu daripada isi dan kandungan ilmu Sains dan Matematik yang tinggi akan menjadikan bahasa kebangsaan itu satu bahasa rendah, pasaran dan hanya untuk kegunaan golongan rendah,'' kata Zainal.
Dengan isu terbaru ini, maka adalah diharapkan agar rakyat nampak akan kebiadapan pemimpin UMNO ini yang bertopengkan Melayu tetapi sebaliknya mereka telah gagal. Perkara pendidikan ini memang telah dijadikan bisnes yang cukup menguntungkan bagi mereka sejak zaman Najib Razak jadi Menteri Pelajaran dulu lagi. Bermula dari itulah pendidikan diniagakan dengan menjual borang-borang IPT kemudian diwujudkan francais disana sini. Hinggakan ada yang mendirikan kolej swasta tanpa sijil kelulusan LAN. Lantaran itulah pendidikan negara mula jatuh menjunam. Bahkan universiti di Malaysia terkeluar dari senarai 200 universiti terbaik dunia. Bukankah ini sestuatu yang amat memalukan. Sistem pendidikan dirosakkan dengan berbagai agenda baru yang memberi keuntungan kepada mereka. Hasilnya, rakyat terus menderita akibat terbeban dengan berbagai tekanan. Semoga dengan kenyataan para cendiakawan tentang isu ini maka diharapkan agar perkara ini dapat diperbetulkan semula.
[Sebenarnya Pahang Daily sudah lama memantau perkara ini. Sememangnya tahap pencapaian para pelajar jauh merosot sejak subjek Matematik dan Sains diajar dalam Bahasa Inggeris. Masalah ini amat ketara dikawasan Tanah Rancangan Felda dan kampung-kampung tradisional. Mungkin senario ini turut berlaku kepada anak-anak kita sekarang]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan