script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ISA: Bukti Jelas Kerajaan Semakin Takut Dan Mahu Tutup Mulut Raja Petra !!

Blogger sensasi yang kini semakin "wanted" Raja Petra Kamaruddin kabarnya boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut Menteri Hamid Albar, ini berikutan tindakannya yang menyiarkan beberapa artikel panas yang dikatakan menghina agama Islam dan juga Nabi Muhammad SAW. Ulasan satu artikel dalam laman blog Malaysia Today yang antara lain boleh dipetik bertajuk "I promise to be a good. nonhypocritical Muslim". Dalam komenar artikel itu Raja Petra dikatakan telah menggunakan ayat-ayat yang boleh menghina orang Islam dan Rasulullah SAW. Ini berikutan beliau membenarkan satu komen yang berbunyi "Not all Arabs are descendents of the prophet" disiarkan dalam blog berkenaan. Laporan polis telah dibuat oleh empat agensi agama, dan Raja Petra boleh ditahan jika beliau didapati bersalah dalam hal itu. Empat agensi terbabit yang dikatakan membuat laporan berkenaan ialah terdiri daripadaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Apa yang menarik disini ialah, tindakan cepat dan pantas oleh pihak berkuasa terhadap Raja petra ini sesungguhnya menunjukkan yang beliau sememangnya amat dikehendaki. Semua yang terjadi ini seolah-olah menggambarkan pihak kerajaan begitu terdesak untuk menahan beliau. Ini berikutan Raja Petra adalah saksi utama terhadap beberapa akuan bersumpah yang berkaitan dengan kes liwat Anwar dan juga kes Altantunya Najib.
Mutakhir ini, banyak maklumat penting telah dikeluarkan oleh Raja Petra perihal kedua-dua kes ini. Akuan sumpah Bala, Dr.Osman serta lain-lain bukti yang mengaitkan tertuduh dalam kes ini amat "mendesak" pihak-pihak tertentu untuk menghumbankan saja beliau ke dalam ISA. Mereka sudah terlalu "panas" dan "gusar" dengan tindakan Raja Petra yang sering mendedahkan bukti-bukti kukuh kes berkenaan. Biarpun Raja Petra telah disaman oleh pihak-pihak terbabit dan kesnya akan dibawa ke mahkamah. Namun puak-puak ini masih sangsi dan takut dengan kelibat beliau yang sering mendedahkan rahsia-rahsia besar yang boleh memerangkap mereka. Raja Petra begitu berani untuk melakukan pendedahan demi pendedahan berserta dengan bukti-bukti yang kukuh. Inilah hakikat sebenarnya.
Justeru itulah, kita hairan jika Menteri Hamid Albar begitu garang dan lantang untuk mengheret beliau ke penjara dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mereka tahu, jika beliau dibawa ke mahkamah, sudah pasti Raja Petra akan terlepas kerana sememangnya beliau mempunyai bukti dan dokumen yang kukuh dalam setiap kes yang dikemukakan. Tambahan pula sudah pasti beliau juga akan turut dipertahankan oleh barisan peguam berwibawa dan profesional. Ini bakal memungkinkan pihak-pihak terbabit kalah dan mendapat malu nanti. Maka jalan terbaik ialah cuba menghumbankan beliau ke ISA menerusi isu-isu yang direka oleh mereka, seperti penyiaran artikel yang berbaur hasutan dan penghinaan dalam blog beliau itu.
Sungguh tidak logik dan masuk akal langsung Raja Petra akan ditahan hanya kerana komentar terhadap artikel dalam blognya itu dikatakan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Walhal, umum mengetahui yang komentar dalam blog boleh ditulis oleh sesiapa dengan menggunakan nama samaran. Maka itu, apakah wajar Raja Petra dipersalahkan?. Ini kerana komen dalam artikel adalah "rambang" dan kenyataan yang dibuat sebenarnya tidak menggambarkan penulis blog itu sendiri. Mungkin juga komen tersebut ditulis oleh orang-orang yang sengaja ingin membuat "kes" kepada Raja Petra. Atau mungkin juga ia dilakukan oleh agensi terbabit. Sebab, jarang berlaku orang akan melihat komentar daripada artikel sebenar. Raja Petra boleh dipersalahkan jika beliau menulis artikel berkenaan. Tapi jika sekadar komentar untuk diberi tindakan ianya tidak sepatutnya berlaku.

Maka itu, kita amatlah berharap agar kes ini dapat ditangani dengan sewajarnya. Raja Petra ada hak untuk mempertahankan dirinya. Beliau boleh "delete" komentar terbabit jika beliau mahu. Bahkan beliau mungkin tidak tahu siapa dan masa bila komentar itu ditulis. Kemungkinan besar "penulis upahan" yang menulis komentar itu sendiri yang membuat laporan polis dan "mencetak" mukasurat yang tertulis komentar berkenaan bagi mengenakan Raja Petra. Ini amat berbahaya dan harus dipantai dari masa ke semasa. Kita tidak tahu provokasi yang dibuat oleh pihak-pihak berkenaan terhadap sesuatu artikel. Apapun, tahniah diucapkan kepada Raja Petra kerana semangat juangnya itu telah menaikkan kekuatan para blogger yang lain di negara ini. Semoga beliau tabah dengan apa yang berlaku dan senantiasa cekal dalam perjuangannya. Teruskan perjuangan demi menegakkan kebenaran !!

[Detik 16 September ini bakal menyaksikan berbagai "insiden" yang tidak diingin bakal berlaku dalam masa terdekat ini. Hanya kekuatan semangat dan jiwa sahaja bakal membolehkan perjuangan ini diteruskan. Satu majlis pertemuan Blogger sedang dirancang dan bakal diadakan dalam masa terdekat ini. Semua ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju dan masa depan negara kelak]
Share:

1 ulasan:

  1. Empat agensi terbabit yang dikatakan membuat laporan berkenaan ialah terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

    apakah semua agensi Islam diatas telah dan sedang melaksanakan semua perkara yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan semua perkara yang dilarang oleh Allah?
    "Amal Maarof Nahi Mungkar" itu siapa yang suruh dan sumber dari mana? takkan tiada seorang pun orang dalam salah satu agensi berkenaan tak faham?
    kalau dikatakan keldai kepada puak umno/bn haprak itu mungkin ada sebab memang ramai puak haprak umno didalam agensi tersebut. jadi kena ikut firman yang di keluarkan oleh pemimpin umno/bn haprak itu.

    idea di atas adalah dari cucu orang utan yang jahil, dan memang jahil sebab cucu orang utan.......

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.