script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: Siasatan Menyeluruh Perlu Dilakukan, MB Pahang Wajar Letak Jawatan !!

PAS Pahang mahu siasatan menyeluruh dibuat terhadap kerajaan negeri dan Umno berkaitan kes kerajaan diarahkan membayar RM60 Juta kepada syarikat kontraktor pembalakan, Seruan Gemilang Makmur (SGM). Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan berkata, ini kerana kes berkenaan membabit suatu kawasan pembalakan diatas tanah milik Umno Pahang di Mukim Bebar, Pekan. Umno, kononya telah menjualkan kawasan balak itu kepada SGM untuk dikeluarkan saki baki kayu balak.

Ia tidak membabit kerajaan negeri kerana kawasan berkenaan adalah milik Umno. Persoalanya bagaimana kerajaan pula boleh dipersalahkan sehingga diarahkan oleh mahkamah supaya membayar gantirugi kepada SGM . “Sepatutnya kes berkenaan tidak membabit kerajaan negeri, ini suatu kes yang agak pelik dan memerlukan siasatan bagi mengenal pasti kenapa perkara ini boleh terjadi,” ujarnya ketika mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan Pahang dan Pengarah Perhutanan Pahang untuk merayu kes berkenaan, 17 September lalu.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 memerintahkan kerajaan negeri membayar kepada SGM sebanyak RM37, 127,471,60 kepada SGM dengan kadar 8 peratus setahun mulai 31 Desimber 2000. Bagaimana defenden (Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Pahang) merayu kepada Mahmakah Rayuan di Putrajaya, defenden gagal dalam rayuan itu. Menurutnya Tuan Ibrahim, siasatan rapi perlu dibuat bagi mengenal pasti punca dan isu-isu berkaitan kes berkenaan kerana ia membabit menteri besar yang berkuasa keatas Umno serta Jabatan Perhutanan Pahang.

“Kita pelik kerana dalam kes ini Umno iaitu pemilik tanah tidak terlibat sebaliknya kerajaan negeri yang dipersalahkan sehingga diarahkan membayar puluhan juta wang rakyat kepada SGM, kita bimbang ada sesuatu yang tidak kena dalam kes berkenaan,” katanya. Kejayaan SGM dalam samannya keatas kerajaan negeri adalah suatu kejayaan kepada Keadilan tetapi kegagalan kerajaan negeri dalam mentadbir kakayaan negeri secara telus dan adil tetapi dipersoalkan.

“Kita ingin tahu bagaimana mudahnya Umno memperolehi tanah dan kawasan pembalakan dan kemudian menjualnya sebagai diheboh-hebohkan oleh bekas setiausaha Badan Perhubungan Umno, Dato’ Tajuddin Sulaiman tidak lama dahulu. Tuan Ibrahim berkata, mengikut pendedahan Tajudin tanah – tanah umno dijual kepada bukan bumiputera, yang memerlukan kuasa menteri besar untuk memberi kelulusan pertukaran status hak milik. Jika rakyat biasa, adalah sukar untuk mereka melepasi halangan sekatan hak milik keatas tanah mereka yang memerlukan kelulusan dari Menteri Besar, tetapi dalam kes tanah Umno halangan berkenaan tidak timbul langsung. Ini kerana tuan tanah adalah orang yang mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan. sumber DuPahang's Weblog

[Dengan isu terbaru ini maka wajarlah MB Pahang, Adnan Yaakob meletakkan jawatannya segera. Rakyat Pahang sudah jelek dengan kebiadapan beliau selama ini. Siapa yang harus menanggung hutang RM60 Juta itu?. Khabarnya bagi menyelesaikan serta membantu kerajaan membayar jumlah tersebut, ada usaha yang mewajibkan kakitangan kerajaan negeri menghulurkan sumbangan sebanyak RM10 seorang. Ketika terdesak barulah mereka melakukan tindakan. Di sarankan, agar kakitangan kerajaan Pahang tidak terpengaruh dengan agenda menyelamatkan kerajaan negeri ini. Biar UMNO dan parti komponen BN yang lain sahaja melakukan usaha membayar wang tersebut. Apa yang pasti apakah negeri Pahang bakal disita dalam masa terdekat ini?. Itulah akibatnya jika harapkan pagar, pagar yang makan padi]

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.