Perkembangan terkini politik negara sekarang ini nampaknya tidak memungkin Pak Lah untuk bertemu dan seterusnya berunding tentang isu peralihan kuasa dengan Anwar. Maka itu info mutakhir yang diterima hari ini menyatakan bahawa pemimpin Pakatan Rakyat akan meneruskan agenda untuk menubuhkan kerajaan baru. Atas keenganan Pak Lah itu maka strategi seterusnya ialah iaitu untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali ketika dihubungi berkata, Pakatan Rakyat sedang merangka pelan susulan yang bersesuaian bagi memastikan proses peralihan kuasa berlaku dalam tempoh terdekat. Pak lah dilihat bukan sahaja tidak mahu bertemu, malahan juga turut "memutar belitkan" surat yang dihantar kepada beliau. Dalam sidang medianya hari ini Pak Lah sekali lagi menegaskan bahawa, surat tersebut langsung tidak menyebut hal peralihan kuasa seperti yang dinyatakan. Ini amat mendukacitakan sekali."Kita akan mengutus surat kepada pihak Istana Negara bagi memohon perkenan Tuanku untuk mengadakan pertemuan berkenaan perkara ini. "Bagaimanapun berdasarkan apa yang saya tahu, surat itu masih belum dikeluarkan... tunggulah dalam satu atau dua hari lagi," katanya. Pakatan Rakyat mengambil pendekatan terbaru ini setelah usaha Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim untuk menemui PM ternyata menemui kegagalan.
"Tak mengapa jika Pak lah tolak permohonan kita untuk adakan perbincangan. Usaha kita tak terhenti di situ, malah kita sentiasa ada perancangan untuk memastikan usaha kita berjaya," katanya. Tambah beliau, ramai pihak terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) sudah tersalah anggap mengenai tarikh 16 September bahawa Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru. "Mereka salah anggap, 16 September hanyalah permulaan proses bagi kita untuk menubuhkan kerajaan, bukan menguasai kerajaan pada tarikh tersebut," katanya. Menurutnya lagi, beliau amat berkeyakinan bahawa kerajaan baru yang bakal diterajui Pakatan Rakyat akan dapat dibentuk secepat mungkin kerana rakyat telah memberikan isyarat untuk melihat perubahan dalam negara.
Buat masa ini, tempoh bertenang berlaku gara-gara kenyataan dan tindakan kerajaan yang didapati cuba untuk melakukan "konfrontasi" terhadap Pakatan Rakyat. Pak Lah jelas menyatakan bahawa Anwar mengcancam ekonomi dan keselematan negara. Walhal satu dunia tahu yang ekonomi Malaysia memang berada ditahap yang membimbangkan gara terdapat terlalu banyak "ketirisan" dan penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan Barisan Nasional sejak lebih 51 tahun memerintah negara ini. Maka, rakyat yang inginkan perubahan sebenarnya. Anwar hanyalah "ikon perubahan" yang mencetus kepada gelombang kebangkitan rakyat. Justeru itu kenyataan Pak Lah bahawa Anwar perosak ekonomi dan keselamatan negara adalah tidak benar sama sekali. Bahkan, Anwar adalah rakyat Malaysia yang akan membawa perubahan dan iklim baru dalam landskap politik negara pada masa akan datang.
Susulan daripada apa yang berlaku sekarang. Maka jelaslah kepada kita bahawa rakyat perlu mengadu permasalahan ini kepada Yang Di Pertuan Agong. Demi membersihkan kembali amalan demokrasi dalam negara ini maka rakyat perlu bangkit untuk mempertahankan Anwar walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kerajaan seolah-olah sengaja menimbulkan suasana yang tidak tenteram kepada rakyat. Langkah Pak Lah mengambil alih Kementerian Pertahanan dilihat sebagai jalan mudah untuk beliau meneruskan cengakaman kuasanya. Beliau tau, jika Anwar ditangkap dan ditahan sekali lagi maka rakyat akan bangun memberontak. Maka dari situlah kemungkinan besar akan berlaku satu lagi ledakan "tsunami" yang lebih besar yang memungkinkan Pak Lah menggunakan kuasa tentera bagi mengawal keadaan ini.
[Apapun rakyat harus sabar dan bertenang dalam melalui proses ini. Jika tersilap langkah pasti harapan untuk kita melihat perubahan tidak akan terlaksana. Bahkan padah yang lebih buruk lagi akan menimpa sekiranya fenomena ini dibiarkan berlaku nanti]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan