Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengutuk keras penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA ke atas Blogger Raja Petra Kamaruddin, Wartawan Sin Chew Daily Tan Hoon Cheng dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor yg juga Ahli parlimen. Pemangku Ketuanya, Suhaimi Md Saad berkata, bantahan ini dibuat bukan kerana menyokong kesalahan yang mungkin mereka lakukan, tetapi atas semangat menjunjung prinsip keadilan di mana orang yang dituduh mesti dibuktikan di mahkamah dan diberi peluang untuk membela diri. Katanya, sejarah telah membuktikan ISA hanya digunakan untuk musuh politik umno-BN, apabila politik umno terancam, akta berkenaan digunakan untuk menyelamat kuasa pemerintah “Pemuda melihat tangkapan ini dibuat bertujuan untuk melindungi individu dalam UMNO dan rakan kongsi mereka Gerakan dan MCA yang menghidupkan api perkauman. Perbalahan di kalangan parti komponen semakin parah dan akhirnya turut mengherat isu perkauman, maka jalan pintas untuk menutup tembelang ini ialah dengan menggunakan ISA. “Pemuda PAS Pahang juga sangat tidak bersetuju jika ISA ini juga digunakan untuk menahan pemimpin UMNO dan pemimpin parti komponen BN lain, sekalipun mereka terlibat menghina agama Islam dan menghidupkan api perkauman. Kita tetap menjunjung prinsip keadilan, mereka yang bersalah mesti dibicarakan ke mahkamah terbuka,” ujarnya. DPPNP mendesak Kementerian Dalam Negeri segera pembebaskan mereka dan jika ada tuduhan tertentu, maka kes mereka mesti dirujuk ke mahkamah. “Kita mempunyai mahkamah dan undang-undang yang cukup untuk menangani semua isu termasuk isu-isu sensitif maka ISA tidak wajar digunakan dalam situasi seperti sekarang,” ujarnya (sumber)






Tiada ulasan:
Catat Ulasan