script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Info Pahang: Unit Amal PAS Adakan Program Sumbangan Hari Raya !!

KUANTAN: Unit Amal Pahang dengan kerjasama PAS kawasan Kuantan telah mengadakan satu program sumbangan Hari Raya Aidil Fitri kepada lebih 1000 "anak rantau" yang balik ke Pahang. Program diadakan selama dua hari iaitu 27 Sept dan 28 Sept 2008. Seramai lebih 40 orang Unit Amal dan Nisa Pahang telah menjayakan program selama dua hari itu. Ia dimulakan pada pukul 10.00 malam dan berakhir sekitar jam 1.30 pagi.

Sambutan yang diberikan oleh semua penumpang amatlah menggalakkan dan ternyata ia memberi manfaat yang berguna kepada mereka di sepanjang perjalanan. Menurut Yang Di Pertua PAS Kawasan merangkap Pengarah Unit Amal Negeri Pahang, Ustaz Rosli Bin Abdul Jabar berkata "Program ini adalah acara tahunan dan telah diadakan semenjak 3 tahun yang lalu. Kesemua syarikat bas termasuk JPJ dan pihak polis yang bertugas di sekitar memberikan kerjasama yang baik atas usaha yang dilakukan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua Unit Amal dan Nisa yang telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan program ini. Saya juga mengharapkan semoga program ini akan terus berkekalan pada tahun-tahun akan datang" katanya.

Program berkenaan telah diadakan di Terminal Makmur dan melibatkan hampir kesemua syarikat bas ekpress utama. Sumbangan yang disampaikan adalah berbentuk air minuman, kuih raya, risalah dan bahan-bahan peringatan berupa doa dan sebagainya. Acara turut diserikan dengan bacaan doa musafir yang diadakan didalam bas sebelum bertolak.

Disamping itu beliau turut berharap agar semua "perantau" selamat pulang dan sampai ke destinasi masing-masing untuk pulang berhari raya bersama keluarga. Beliau juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh pimpinan PAS semua peringkat.



[Pahang Daily sempat berada di Terminal Makmur untuk menyaksikan kesemua petugas Unit Amal dan Nisa menyampaikan sumbangan kepada para penumpang bas. Sesungguhnya aktiviti seperti ini akan lebih mengeratkan lagi, serta mendekatkan lagi sillaturahhim antara orang ramai dengan PAS. Diharapkan agar program seperti ini dapat dijalankan secara berterusan dan lebih kerap lagi pada masa-masa yang akan datang. Bacaan doa musafir yang diadakan terus didalam bas adalah satu kerja yang tidak mungkin dapat dilakukan oleh puak-puak UMNO]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Polis Menahan Empat Lelaki Yang Dipercayai Terbabit Dalam Kejadian Kebakaran Besar Di Hutan Simpan Pekan

PEKAN : Polis menahan empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian kebakaran besar di Hutan Simpan Pekan, dekat sini, Isnin lalu. Ke...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.