Sememangnya telah dijangka, akhirnya Dr.Mashitah yang selama ini kita hormati sebagai seorang pendakwah bebas kini sudah benar-benar mem"bebas"kan dirinya dari mahu dikenali sebagai "pendakwah". Mashitah yang cukup "popular" selama ini, akhirnya terjebak juga dengan "kancah" politik kotor serta menjijikkan yang dibawa oleh parti karat UMNO itu. Mashitah bagaikan sudah "dibutakan" mata dan hatinya untuk melihat kebenaran. Landasan yang dipilihnya untuk bersama parti itu sesungguhnya telah "menjerumuskan" dirinya ke "lembah kehinaan". Orang semakin benci dan "meluat" melihat kelibatnya. Mashitah tidak seperti dulu lagi, beliau disanjung dan dipuja sebagai salah seorang penceramah terkenal di negara bahkan di rantau ini. Namun kini segalanya hanya tinggal kenangan semata-mata. Mashitah sudah "bersalin kulit", darahnya kini sudah menjadi "merah UMNO". Beliau sudah tidak nampak lagi "mana intan mana kaca" dan "mana haq mana batil". Sungguh malang nasib Mashitah, kerana "dunia" beliau lupa segala-galanya. Namanya yang harum dulu sengaja dikotorkan demi mencari kemewahan duniawi.Sejarah kehancuran nama Mashitah bermula apabila "kes pergaduhan" dengan jiran sendiri gara-gara masalah kecil yang tidak sepatutnya. Tambahan pula jirannya itu juga adalah seorang pendakwah terkenal seperti beliau. Pergaduhan tersebut gagal diselamatkan, hingga membawa kepada kes mahkamah. Tatkala itu, orang sudah mula sangsi kepada keperibadian Mashitah. Apatah lagi diwaktu itu beliau sering muncul dalam Forum Perdana Ehwal Islam di kaca TV. Persitiwa ini sungguh memalukan. Mashitah berbicara hal keluaga, hal masyarakat, hal saling hormat menghormati, hal sillaturrahim sedangkan dalam masa yang sama beliau sendiri gagal untuk mempertahankan sillaturrahim antara sesama Islam. Ini jelas membuktikan yang Mashitah "cakap tak serupa bikin" dan hanya "syok sendiri" tatkala menyampaikan "khutbah"nya selama ini. Orang ramai sudah mula membicarakan sikap sebenar Mashitah ketika itu. Tambahan pula kes mahkamahnya itu telah dihebahkan menerusi media arus perdana. Ramai yang kecewa dengan tindakan Mashitah sebenar. Bibit-bibit kehancuran sudah bermula dalam dirinya.
Disaat itu, Mashitah masih belum berpolitik dan hanyalah pendakwah bebas. Maka, semenjak beliau terlibat dengan politik kepartian yang berlandaskan Islamm Hadhari itu bermulalah era kejatuhan Dr.Mashitah Ibrahim. Ramai peminat beliau terkejut dengan apa yang berlaku. Mashitah seolah-olah tidak mempunyai "ilmu agama" langsung, kerna sanggup bersekongkol mempertahankan Islam Hadhari yang diasaskan oleh Pak Lah. Segala yang dipelajari dan diamalkan selama ini seolah-olah sudah hilang. Hasilnya, Pak Lah memberi ruang kepada beliau bertanding di Parlimen Baling, Kedah. Beliau menang dan kemudiaannya diangkat ke parlimen dan kabinet Pak Lah sebagai Setiausaha Parlimen. Bermulalah era Mashitah dalam kancah politik negara.
Bagi membalas jasa dan budi Pak Lah, Mashitah mula memainkan peranan sebagai "ikon hadhari". Banyak kenyataan dan tindakannya yang jelas bertentangan dengan konsep Islam itu sendiri.Misalnya dalam isu membenarkan wanita Islam bekerja sebagai pelacur sekiranya berlaku darurat, kemudian mencampakkan duit bayaran yang tidak setimpal diterima hasil program yang beliau hadiri, mengeluarkan kenyataan menghina hukum hudud perihal "potong tangan" serta banyak lagi kenyataan "hina" yang terkeluar dari mulutnya. Mashitah mula dianggap sebagai penyelamat Islam Hadhari, bahkan dirinya dilihat lebih berjaya daripada bekas Imam Masjid Negara, Pirdaus Ismail yang terdahulu menghumbankan diri kekancah "kehinaan" itu. Cuma, bezanya Mashitah menang pilihanraya umum 2004 dan Pirdaus pula kalah. Dalam pilihanraya 2008 lalu, nama Mashitah tidak dicalonkan. Umum mengganggap beliau akan diketepikan. Rupanya sangkaan kita meleset sama sekali. Pak Lah melantik beliau kembali ke dalam kabinet dengan jawatan yang lebih kanan dari dulu. Maka bergembiralah Mashitah mempertahankan "tuan"nya itu. Beliau langsung sudah tidak nampak jalan "kebenaran". Baginya Islam Hadhari adalah pelengkap segala-galanya. Beliau sudah mula alpa dengan jawatan yang disandang dan terlena dibuai mimpi-mimpin indah bersama UMNO.
Akhirnya, darah daging "UMNO karat" sudah mula meresap dan sebati didalam tubuh pendakwah bebas ini. Beliau semakin sayang dengan parti karat itu dan mula "kelabu mata" dengan kemewahan yang dikecapi kini. Baginya UMNO adalah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya. Kedangkalan ilmu Mashitah lebih teruk dari mereka yang langsung tiada pendidikan agama. Kita yang tidak sehebat Mashitah boleh menilai "kebobrokan" yang berlaku dalam UMNO dan kerajaan BN hari ini. Namun Mashitah sudah tidak nampak itu semua!! Beliau semakin "ghairah" untuk berkuasa serta mempertahankan imejnya. Baginya, jawatan yang disandang sekarang tidak "manis" jika beliau tiada kedudukan istimewa dalam Pergerakan Wanita UMNO. Maka akhirnya, terdengar desas-desus terkini yang menyatakan Mashitah sedia dicalonkan untuk bertanding dalam jawatan penting sayap kiri parti karat itu. Mashitah yakin dengan populariti beliau selama ini, sudah pasti beliau akan menang mudah. Sesungguhnya inilah yang terjadi kepada Dr.Mashitah Ibrahim. Kemelut yang melanda dalam dirinya ini sudah semakin parah. Beliau kini semakin lupa jalan untuk pulang!! Panjatkan doa agar beliau diselamatkan.
[Jika Mashitah menang merebut jawatan dalam Wanita UMNO, maka sudah pastilah dunianya akan lebih fana lagi selepas ini. Apapun, tahniah buat Mashitah kerana berjaya mencipta acuan baru dalam UMNO. Pencariannya selama ini telah mendorong beliau untuk memperhambakan diri dengan parti karat itu. Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk kepadanya untuk kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti. Amin]






macam mana orang yang tak berapa dalam ilmu ugama nak tegur Mashitah yang terlalu banyak ilmu agamanya, "islam hadhari", yang telah memberikan 'fatwa' seseorang yang ingin pergi menunaikan fardhu haji dibolehkan berhutang.
BalasPadambetulkah boleh pergi tunai haji dengan berhutang?
sebab itu tanya Mashitah, dri sumber mana diambil, atau dari sumber islam hadhari ke?
jadi banyak kemusykilan yang timbul dengan sebab saya ini kurang mendalamkan ilmu ugama maka apatah lagi puak umno/bn yang nampak anti dengan ilmu ugama islam ini diajar dan disampaikan dalam kuliah dimasjid dan surau, jadi bertambah jahil umat melayu dari ilmu ugama Islam selagi masih ada orang-orang seperti Mashitah, Firdaus bekas IMAM BESAR MASJID NEGARA, Hamid Osman, Hamid Zainal Abidin dan beberapa kerat lagi puak umno yang ada ilmu agama tapi menyembunyikan kebenaran dari disampaikan, maka yang akan hancur umat melayu bukan dari kaum keluarga diaorang "puak umno" tapi melibatkan keseluruhan uman manusia
yang menghuni muka bumi Malaysia ini yang semakin kerata kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh puak umno, dengan tidak mengambil apa tindakan untuk memperbaiki.
malah puak umno sendiri menghalang orang lain yang ingin mamperbaiki keadaan, juga tak ketinggalan menganggap menyebarkan ajaran islam yang salah dan mengajar keganasan seperti yang disebut oleh Mahathir,bekas PM.
sebelum terlambat ambil tindakan sewajarnya demi kebaikan semua pihak.