script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: ANAK Hantar Memorandum Rakyat Bela Nasib Peneroka Felda !! Mana UMNO?

Baru-baru ini, bertempat di Pejabat Felda Wilayah Jengka Pahang Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Sdr.Mazlan Aliman bersama Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah menyerahkan Memorandum Rakyat. Ia adalah satu memorendum yang mewakili para peneroka Felda di negeri ini kepada pihak pengurusan Felda Wilayah Jengka. Memo telah diterima oleh Encik Sharani yang mewakili Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka. Memo itu mengandungi beberapa tuntutan peneroka Felda yang telah pun diadukan kepada ANAK. Hadir sama dalam penyerahan memo tersebut ialah Naib Presiden ANAK, Sdr.Aris Fezul Ismail, Ketua Lujnah Peneroka DPP Pahang Ustaz Shahril Azman, Timbalan beliau Ustaz Fadzil Mohd Nur dan lebih kurang seratus yang lain mewakili peneroka-peneroka Felda di Wilayah Jengka dan sekitarnya.
Untuk makluman kerajaan BN dan UMNO masih merasa selamat di Pahang kerana negeri ini mempunyai kawasan Felda yang terbanyak di Malaysia. Dengan ini, setiap kali musim pilihanraya puak-puak UMNO/BN akan mengugut serta merasuah para peneroka supaya mengundi BN. Alasannya, sama ada biasiswa / PTPTN anak-anak akan ditarik balik ataupun para neneroka terbabit akan disingkir. Maka itulah ramai peneroka, biarpun si suami amat kuat menyokong Pakatan Rakyat tetapi si isteri akan tetap memangkah BN. Kempen dijalankan oleh wanita UMNO, JASA dan GPW (Gabungan Persatuan Wanita) Felda menjelang musim pilihanraya. Alasan yang diberikan ialah, biarlah suami sokong pembangkang tetapi isteri mesti sokong BN supaya segala kemudahan tidak ditarik balik. Inilah yang menakutkan mereka. Sebab itu bila dilihat kepada peti undi saluran "veteran/peneroka" pasti BN akan dapat majoriti yang tinggi . Inilah modus operandi yang dilakukan oleh mereka sejak dulu kini dan selamanya. Itu belum lagi termasuk ganjaran RM1000 hingga RM5000 dalam pilihanraya baru-baru ini.
Akhirnya, Pahang terus menjadi kubu kuat UMNO/BN gara-gara taktik yang dilakukan. Tambahan pula "Bapa Felda" berasal dari Pahang iaitu Allahyarham Tun Abd Razak, dan kini anaknya pula Si Najib Razak yang memikul tanggungjawab "merompak" khazanah peninggalan bapanya itu. Semenjak Najib mengambil alih Felda, para peneroka terus terhimpit dengan berbagai penipuan dan penindasan, termasuklah perkara-perkara yang terkandung dalam memorandum berkenaan. Pahang Daily mengucapkan syabas atas keperihatinan Sdr. Mazlan Aliman yang tidak berputus asa memperjuangkan nasib para peneroka di seluruh negara. Justeru itulah kita amatlah berharap agar negeri Pahang akan tumbang dalam pilihanraya umum akan datang. Langkah awal hasru diambil dari sekarang untuk menjayakan hasrat itu. BN Pahang menang kerana undi peneroka, orang asli dan termasuk juga undi pos. Justeru itu sebenarnya pentadbiran mereka adalah tidak sah sama sekali. Sebab itulah kita dapat melihat berbagai penyelewengan terus berlaku seperti kecurian balak dan sebagainya. Sila klik untuk melihat memorendum tersebut. Olahan dari blog fezul Jengka
[Untuk makluman Sdr.Mazlan Aliman adalah calon pilihanraya PAS bagi kerusi parlimen Bera dalam negeri Pahang baru-baru ini. Syabas diucapkan kepada beliau yang kabarnya kini asyik berulang alik dari Johor ke Pahang semata-mata untuk membela nasib masyarakat Felda disini]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.