script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: RM60 Juta, MB & UMNO Pahang Yang Perlu Bayar, Bukan Kerajaan Negeri !!

Berita panas yang kami paparkan perihal MB Pahang, Adnan Yaakob gagal melunaskan bayaran hutang "pinggan mangku istana" telah menggemparkan rakyat Pahang. Rata-rata rakyat Pahang di seluruh dunia menghantar email kepada kami untuk kepastian "perkara" ini. Jangan panik !! Apa yang dipaparkan ini adalah sinambungan "kebobrokan" MB Pahang itu sendiri. Beliau telah secara jelas menyusahkan rakyat Pahang. Benar seperti yang dikatakan oleh orang ramai bahawa Adnan kini sudah melampau. Beliau harus dipecat segera dari jawatan MB !! Menyusahkan rakyat serta membebankan mereka untuk kepentingan peribadi. Sebelum ini panas diperkatakan perihal saman RM60 juta yang perlu dijelaskan oleh Kerajaan Pahang kepada syarikat SGM berhubung dengan isu pembalakan. Ini pun nampaknya tidak betul dan tidak kena.

Bak kata Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pemimpin PAS Pahang, “Sepatutnya kes berkenaan tidak membabit kerajaan negeri, ini suatu kes yang agak pelik dan memerlukan siasatan bagi mengenal pasti kenapa perkara ini boleh terjadi. Kita pelik kerana dalam kes ini UMNO iaitu pemilik tanah tidak terlibat, sebaliknya kerajaan negeri yang dipersalahkan sehingga diarahkan membayar puluhan juta wang rakyat kepada SGM, kita bimbang ada sesuatu yang tidak kena dalam kes berkenaan,” katanya. Bukankah terbukti sekarang, sepatutnya hutang RM60 juta itu dibayar oleh UMNO Pahang !! Tetapi mengapa libatkan kerajaan negeri?. Sudahlah selama ini kerajaan negeri asyik "muflis" gara-gara hutang kepada kerajaan pusat yang perlu dibayar. Bahkan bajet negeri Pahang sejak Adnan mengambil alih tampuk pimpinan negeri senantiasa mengalami "defisit" setiap tahun. Ini jelas menunjukkan beliau ternyata gagal mentadbir kerajaan negeri dengan jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Sudahlah pentadbiran tidak telus, gara-gara asyik berlaku kecurian "balak" diseluruh negeri sejak akhir-akhir ini. Semua itu adalah kerana kerakusan puak-puak UMNO yang ingin menagih kekayaang dan wang sebenarnya. Ini kerana "urat kayu balak" sudah mengalir dalam "darah daging puak-puak UMNO" Pahang. Kami akan mendedahkan lebih banyak pendedahan tentang kerakusan kerajaan negeri Pahang ini. Apa yang pasti masalah hutang yang berlaku adalah masalah peribadi dan parti, mengapa mereka libatkan kerajaan negeri?. Begitu juga dengan masalah pembelian "pinggan mangkuk" Istana. Adnan sepatutnya menggunakan "duit poket" sendiri dan tidak boleh menggunakan wang kerajaan negeri. Akhirnya kini kerajaan negeri yang berhutan dan bukan beliau dan juga UMNO. Pandai benar MB Pahang ini mengalih isu ini agar satu hari nanti jika Pakatan Rakyat berjaya menakluki negeri ini, maka kita akan terikat dengan hutang piutang yang mereka tinggalkan !! Justeru itu, diharap pihak BPR Pahang dapat menyiasat perkara ini dengan telus untuk kepentingan rakyat negeri ini.

[Kepada rakyat Pahang yang mempunyai maklumat tentang penyelewengan mana-mana jabatan persekutuan, berkanun dan kerajaan negeri Pahang bolehlah emailkan kepada pihak kami untuk didedahkan. Seelok-eloknya, maklumat tersebut disertakan dengan gambar sekali lagi bagus untuk memudahkan segala urusan yang berkaitan. Semoga pendedahan ini bakal menyedarkan rakyat betapa rosaknya akhlak pemimpin-pemimpin yang mereka pilih selama ini. Kami akan lancarkan "Misi Tawan Pahan 2010" selepas hari raya ini. Sertai kami sekarang]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.