Pahang Daily mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat yang dihormati sekalian. Semoga puasa tahun ini akan memberikan kekuatan iman serta jihad untuk kita terus memperjuangkan Islam dan keadilan di bumi Malaysia yang tercinta ini. Dalam sibuk kita membicarakan hal politik semasa terutamanya pembentukan kerajaan baru tidak lama lagi, namun harus diingat kewajipan sebagai umat Islam jangan diabaikan. Dalam kesibukan bekerja dan menjalankan aktiviti harian urusan zakat fitrah perlulah diberi keutamaan. Justeru itu buat warga Pahang semua jangan lupa zakat fitrah bagi negeri Pahang nilai per kepala tahun ini ialah RM7.30, iaitu kenaikan RM2.50 daripada tahun lalu. Zakat ialah rukun Islam keempat selepas berpuasa dan zakat fitrah wajib ditunaikan sebelum Aidil Fitri dengan membayarnya kepada amil terpilih. Tujuan zakat ini dimanfaatkan kepas asnaf yang lapan, khususnya fakir miskin bagi menggembirakan mereka menjelang sambutan hari lebaran. Ada juga yang merungut kenapa harga fitrah naik melambung tahun ini (seperti kenaikan harga minyak Jun lalu)? Ada yang berkata ini disebabkan kenaikan harga beras, ada yang berkata disebabkan nilai mata wang kita sudah makin mengecil berbanding barangan di pasaran dan ada pula yang berpendapat kos kehidupan di Malaysia makin meningkat sehingga keluarga yang tergolong dalam paras kemiskinan sudah kian ramai. Apa-apa pun takwil dan yang dipersoalkan, kewajiban mesti ditunaikan bagi menyempurnakan ibadah yang diperintahkan Allah SWT ini.
Jangan biar asnaf jadi ‘scammer’
-
MEMINTA derma melalui media sosial ketika ini merupakan salah satu cara
dilakukan golongan tertentu untuk meraih perhatian orang ramai bagi
mendapat sumb...
4 jam yang lalu






Tiada ulasan:
Catat Ulasan