
Isu permohonan maaf yang sepatutnya dibuat oleh Ketua UMNO Bahagai Bukit Bendera, Ahmad Ismail bertambah merumitkan dan mendukacitakan para pemimpin MCA dan Gerakan. Ini kerana Pak Lah secara jelas mempertahankan perbuatan Ahmad itu. Menurut Pak Lah, Ahmad mengucapkan demikian berasaskan sejarah bahawa
"kaum Cina" sememangnya adalah pendatang di negara ini dan tidak layak untuk mendapatkan hak yang sama seperti orang Melayu. Sesungguhnya, penjelasan ini jelas sekali membuktikan Pak Lah sanggup mengadaikan semangat perpaduan dikalangan pakatan BN sendiri. Sepatutnya kes ini disiasat oleh pihak polis dan dibawa ke mahkamah. Ini kerana, terdapat beberapa laporan polis yang telah dibuat sebelum ini. Maka, pihak polis sepatutnya menjalankan siasatan dengan terperinci dan tidak sepatutnya Pak Lah terus mempertahanan perbuatan Ahmad Ismail itu. Perkembangan terbaru ini jelas sekali bakal membuatkan pakatan BN itu akan marah kepada pemimpin UMNO. Sudah semestinya mereka akan lebih selesa untuk bersama dengan Pakatan Rakyat selepas ini. Sama-samalah kita nantikan perkembangan terbaru kes ini nanti.
Disamping itu juga, Pak Lah dengan lantang telah memberi amaran kepada media agar tidak memutar belitkan ucapan pemimpin. Mungkin ini ditujukan khas kepada beberapa buah akhbar berbahasa Cina terutamanya Shin Chew Jit Poh. Kemungkinan besar amaran ini diberikan kononnya isu ini menyebabkan anggota BN dari parti kaum Cina semakin hilang kepercayaan dan tidak yakin kepada BN itu sendiri. Amaran Pak Lah ini jelas menunjukan yang mereka begitu risau dengan senario yang berlaku pada hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan