Begitu juga dengan Razak Baginda yang dikatakan turut terlibat dalam kes ini. Sesuatu yang menarik untuk diperkatakan ramai rakyat Malaysia yang menjangkakan kesemua mereka akan terlepas daripada hukuman. Dan kes ini akan menjadi seperti kes pembunuhan pragawati Noritta Shamsudin 5 Disember 2003 dulu. Biarpun perbicaraan dijalan begitu lama dengan mengemukakan berbagai bukti dan saksi namun akhirnya semua tertuduh dilepaskan. Dalam kes itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Julai 2004 melepas dan membebaskan Hanif Basree, jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) daripada tuduhan itu tanpa dipanggil membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.
Persoalannya bagaimana pula Hanif dibebaskan?. Menurut kenyataan peguam beliau Datuk V. Sithambaram yang mengetuai pembelaan berkata bahawa terdapat "kewujudan lelaki tidak dikenali" yang melakukan hubungan seks dengan mangsa dan kehadiran DNA lelaki itu pada coli dan wayar yang mengikat tangan serta kaki mangsa telah menimbulkan keraguan dalam berkenaan. Begitu juga "bau badan lelaki misteri" yang diberitahu oleh salah seorang teman serumah Noritta, iaitu Nor Azora Abdul Hamid dan Kenneth Michael Yap Teik Huat yang mengatakan bukanlah bau badan rHanif Basree serta air mani di dubur mangsa adalah akibat daripada perbuatan "liwat lelaki tidak dikenali" itu. Daripada keterangan itulah maka Hanif dibebaskan atas alasan wujudnya "DNA lelaki tidak dikenali dan lelaki berkulit hitam" yang melarikan diri daripada apartmen mangsa. Maka itu juga Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah bertindak dengan betul membebaskan tertuduh serta menolak sebarang rayuan pendakwaraya yang tidak berpuasa hati dengan keputusan berkenaan.
Akhirnya Hanif dapat kembali bertugas dengan bangganya tanpa rasa bersalah sedikit pun. Bahkan dirinya dilihat lebih ceria dan mewah daripada sebelum itu. Inilah yang digusarkan sangat oleh rakyat Malaysia sebenarnya. Apakah dalam kes Altantunya juga akan berlaku keputusan seperti ini. Dimana nanti semua tertuduh akan dibebaskan atas alasan tiada asas dan prima facie untuk mensabitkan mereka dalam kes ini. Persoalannya, jika mereka dibebaskan siapakah pula yang akan dituduh membunuh Altantunya? Apakah kes ini juga akan terwujud nanti "terdapat lelaki yang misteri dan tidak dikenali" membunuh mangsa kemudian meletopkannya dengan Bom C4 itu?. Mungkin ada kewajarannya, kerna itulah wajah kedua-dua tertuduh langsung tidak boleh disiarkan dalam media masa terutamanya media arus perdana. Kelibat mereka dilihat hanya seperti "Ninja" tatkala berada di mahkamah. Seolah-olah terdapat arahan daripada pihak atasan agar wajah kedua-duanya tidak dirakamkan demi keselamatan dan masa depan mereka. Bayangkan jika mereka dibebaskan, bukankah orang ramai akan menghemburkan kata-kata nista, mencemuh bahkan melakukan sesuatu terhadap mereka akibat tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Maka langkah terbaik mereka diselubungkan sepanjang masa sehinggalah perbicaraan selesai.
Justeru itu, kita amatlah berharap agar mahkamah akan membuat keputusan yang adil dan telus serta tidak terikat dengan pengaruh politik dalam menentukan keputusan kes ini. Ingatlah kes ini mendapat liputan daripada media antarabangsa kerana ia melibatkan orang luar. Kes Noritta boleh ditutup begitu sahaja kerana mangsa adalah anak tempatan. Janglah nanti ada keputusan yang boleh dipertikaikan seperti yang berlaku kepada Hanif Basree dulu. Jika Hanif Basree, dibebaskan kerana terdapat "lelaki yang tidak dikenali", apakah kes Altantunya juga tertuduh akan dibebaskan dan kita akan berhadapa. dengan "lelaki yang tidak dikenali" itu dimana-mana selepas ini. Mungkin Sirul dan Azilah berjiran atau makan disebelah kita, namun kita tetap tidak akan mengenali mereka kerana mereka senantiasa berselubung selama ini.[Semoga pihak polis akan lebih cekap menyiasat kes ini, biarpun ia sudah selesai. Apalah gunanya perbicaraan kes Noritta jika keputusan akhir semua tertuduh dibebaskan atas alasan ada lelaki tidak dikenali. Siapakah lelaki itu? Mengapakah pihak polis tidak membuka semula kes itu dan menyiasat sampai dapat lelaki tidak dikenali?. Mungkin dengan CCTV lelaki tak dikenali itu dapat dikenal pasti. Persoalannya mengapakah kes ini ditutup?. Jika lelai itu boleh membunuh Noritta, kemungkinan besar selepas ini ramai lagi mangsa akan dibunuhnya. Ini bermakna penjenayah itu masih bebas. Siapakah harus dipersalahkan dalam hal ini?].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan