script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peralihan Kuasa: Muhyiddin Sudah Mula Laksana Arahan Mahathir Ganyang Pak Lah !!

Nampaknya iklim politik negara semakin panas dan mendebarkan sekarang ini. Dalam pada orang sibuk mewar-warkan berita pasal "16 September", UMNO dan BN juga kini semakin "bercelaru". Pak Lah kini bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan "musuh dari luar", malahan juga turut bakal berhadapan dengan "musuh dalam selimut". Apakah ini bakal mempercepatkan lagi proses pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat nanti. Pak Lah kini bagai "cacing kepanasan" gara-gara senario politik yang kian membebankan kepala otaknya. Apakah beliau akan melepaskan jawatan atau mungkin juga "membubarkan parlimen". Ada sumber mengatakan bahawa, kemungkinan besar Pak Lah akan membubarkan parlimen pada 15 September iaitu sehari sebelum tarikh 16 September ini. Ini kononnya bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum diadakan. Baginya, daripada beliau kecundang kena pukulan TKO oleh Anwar, lebih baik beliau berhadapan secara "anak jantan" untuk melihat siapakah yang bakal dipilih oleh rakyat. Pak Lah mungkin gusar kerana ura-ura kemasukan 30 ahli parlimen BN ke Pakatan Rakyat itu bakal menggelapkan harapannya untuk terus berkuasa.
Terbaru, kesediaan Mahathir untuk kembali kepada UMNO jelas sekali dilihat membelakangkang Perdana Menteri serta Presiden UMNO itu. Ini kerana segala perbincangan dan rahsia kemasukkan Mahahthir hanya dibuat dalam pertemuannya dengan Mahyuddin. Ini bermakna Pak Lah kemungkinan besar tidak merestui perkara ini. Namun, awal-awal lagi kita melihat beberapa orang pemimpin UMNO sudah mula berbunyi menyokong kemasukan semula Mahathir ke dalam UMNO. Sebelum ini Mahathir dengan lantang mengatakan hanya akan kembali ke dalam UMNO jika Pak Lah meletakkan jawatan. Namun, kini lain pula yang terjadi. Apakah perancangan Mahyuddin dan Pak Lah kali ini. Melihat kepada kenyataan berani pengganti Rafidah di MITI itu, ternyata beliau mendapat arahan dan isyarat khas daripada Mahathir untuk menggasak dan menghentam Pak Lah dari dalam. Jika ini berlaku, bermakna Pak Lah bakal berhadapan dengan masalah yang lebih besar selepas ini.
Pak Lah hari ini menyatakan beliau terkejut dengan tindakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang telah dipersetujui akan diadakan pada 2010. ``Saya terkejut kerana dia adalah sebahagian daripada ahli Kabinet saya,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaksana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia di sini hari ini. Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama. Beliau mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.
Jika dilihat kepada perkembangan ini, ternyata Pak Lah bakal ditamatkan riwayat politiknya dari kedua-dua arah. Pertama, Anwar dengan misi 16 September dan kedua Najib, dengan misi peralihan kuasanya. Semua ini bakal menjuruskan kepada perubahan yang besar akan berlaku dalam masa terdekat ini. Orang-orang Mahathir sudah pasti takut Anwar naik. Maka itulah mereka harus bertanggunjawab untuk memastikan hasrat itu tidak tercapai.
[Melihat sidang media Pak Lah di kaca TV malam tadi, tampak benar PM "mengantuk" itu kelihatan sugul dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau tidak percaya Muhyiddin yang dikatakan oarangnya kini sanggup mula berkerjasama dengan Team Najib-Mahathir untuk menjatuhkannya bairpun segala perancangan sudah dibuat sebelum ini]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.