script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

ISA: Terbukti Kini Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz, Kerajaan Amal Pilih Kasih !

Penyertaan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno akan menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat kata Menteri Besar Kelantan, Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat. “Saya seronok kerana Dr Mahathir telah timbulkan kacau bilau dalam Umno,” kata beliau. Bernama melaporkan Mursyidul Am PAS itu berkata tindakan Dr Mahathir untuk menyerang Umno dari dalam merupakan “langkah yang terbaik”. Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 6 September lalu bahawa mantan perdana menteri itu telah berhasrat menyertai semula Umno. Tun Dr Mahathir menyuarakan hasrat untuk memohon menyertai semula Umno setelah meninggalkan parti itu selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas kerana kecewa dengan kepimpinan sekarang.
Nik Aziz turut menjelaskan bahawa beliau tidak nampak logiknya bila Mahathir menyerang Umno dari luar. “Bila beliau serang dari dalam itu betul dan saya seronok kerana ia dapat melemahkan Umno,” kata beliau. Mengulas mengenai tindakan menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato’ Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman, Nik Aziz berkata ianya seperti ada pilih kasih. “Kalau orang lain sudah kena Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Nampak macam pilih kasih,” kata beliau. Nik Aziz juga berkata negara ini perlu bebas daripada pimpinan Barisan Nasional (BN) terutama Umno yang mengamalkan rasuah. “Betul lompat parti tak bermaruah, tetapi dalam usaha Pakatan Rakyat nak bentuk kerajaan 16 September ini bagi mengantikan BN yang rasuah, soal maruah perlu diketepikan,” kata beliau.
Beliau turut menegaskan bahawa "lompat parti" bertujuan bagi menyelamatkan negara dari diperintah oleh kerajaan yang korup adalah lebih bermaruah dari terus membiarkan ianya berlaku tanpa berbuat apa-apa.
[Biarpun lewat, namun Pahang Daily melihat ulasan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz itu kin sudah menjadi kenyataan. Dalam kes Ahmad Ismail, sepatutnya beliau yang ditahan ISA tetapi sebaliknya pula yang terjadi. Ahmad dilepaskan, sedangkan mereka yang menjadi saksi kes ini pula yang ke dalam. Ini bererti betul kata TG Nik Aziz penangkapan ISA terbukti kerajaan memang pilih kasih dan "double standard". Renungkanlah kenyataan ulamak ini..]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.