script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Saman: Dato' Nan Harus Bertanggungjawab, Negeri Pahang Bakal Hadapi Tindakan Sita !!

Kemelut yang melanda politik Pahang semakin bercelaru kini. Apatah lagi dengan berita "Kerajaan Pahang Bakal Di Sita" sekiranya gagal melunaskan saman terhadap syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur Sdn.Bhd sebanyak RM60 Juta. Kes ini semakin panas dan bakal menjerumuskan negeri Pahang ke tahap yang paling membimbangkan. Selama ini rakyat Pahang sudah berhadapan dengan berbagai kerenah dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri. Isu yang sepatutnya dapat diselesaikan secara rundingan, kini menjerat kerajaan negeri. Adnan Yaakob, harus bertanggungjawab dalam hal ini. Kejadian seperti ini tidak pernah berlaku dizaman pemerintahan Khalil Yaakob dulu, biarpun umum mengetahui zamannya lebih "hebat" dari ini. Tindakan Adnan yang sengaja mencari pasal, akhirnya mengundang padah. Rakyat Pahang merasa malu mempunyai "Menteri Besar" yang sungguh tidak bertanggungjawab ini. Mengapa beliau tidak mahu berbincang dengan syarikat terbabit sejak dari awal lagi. Sekurang-kurangnya dengan perundingan, cara pembayaran yang sewajarnya dapat dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Kini "nasi sudah menjadi bubur", kes ini sudah diputuskan dan jika kerajaan negeri gagal melunaskan bayaran saman terbabit kemungkinan besar tindakan "sita" akan dikenakan. Jika ini berlaku, rakyat akan menanggung kerugian. Sikap "acuh tidak acuh" Adnan dalam hal ini sungguh mengecewakan kebanyakkan rakyat Pahang. Beliau yang selama ini dikenali dengan imej samseng, lucah dan biadap itu sepatutnya tahu akibatnya kemudian. Keputusan pembayaran pampasan terhadap SGM itu bukan diputuskan oleh individu semata-mata. Tetapi ianya adalah keputusan mahkamah, maka Adnan sebagi ketua kerajaan harus menghormati keputusan tersebut. Namun, dek kerana "angkuh" dengan kuasa yang ada beliau memperlekeh serta mempermainkan segala tuntutan tersebut. Kini beliau harus dipersalahkan !! Rakyat Pahang perlu bangkit untuk menolak kepimpinan Adnan Yaakob di Pahang lagi.

Beliau adalah orang yang bertanggungjawab didalam kes ini. Tambahan pula Pengarah Perhutanan Negeri Pahang adalah jabatan negeri dan tertakluk kepada arahan Kerajaan Negeri Pahng. Ini bermakna Adnan memainkan peranan penting untuk mengarahkan Pengarah Perhutanan Negeri supaya tidak lagi mengeluarkan lesen kepada SGM.

Susulan daripada perkara ini, Adnan telah didapati secara jelas "menghina mahkmah" apabila gagal membuat sebarang pembayaran ataupun perundingan antara kedua-dua belah pihak dalam menyelesaikan perkara ini sejak sekian lama. Justeru itu Adnan sebagai MB langsung tidak mempunyai sifat tanggungjawab serta rasa hormat dalam dirinya terhadap perlembangaan dan undang-undang negara. Malahan juga beliau secar engkar telah melawan kewibaan mahkamah. Mungkin beliau merasakan kes ini remeh-temeh dan beliau boleh melakukan apa sahaja atas kapasitinya seorang ketua negeri yang berkuasa. Selaku MB baginya beliau bebas untuk membayar ataupun tidak segala tuntutan saman tersebut !!

Beliau juga telah membiarkan wang rakyat dan kerajaan dibazirkan akibat terpaksa juga membayar faedah sebanyak 8% setahun mulai Disember 2000 yang kesemuanya berjumlah puluhan juta ringgit. Perbuatan ini baginya adalah baik tanpa memikirkan langsung jalan penyelesaian terbaik dengan SGM. Beliau juga telah didapati menghancurkan keyakinan rakyat atas kemenangan membentuk kerajaan negeri baru selepas pilihanraya umum lalu. Beliau sepatutnya mengambil berat perkara ini kerana ianya boleh menggugat juga maruah dan kreadibiliti beliau selaku MB Pahang.

Beliau juga telah menghilangkan kepercayaan dan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negeri ini. Ini kerana pelabur asing akan melihat diri mereka seolah-olah tidak dibela apabila terdapat permasalah dengan kerajaan negeri itu sendiri. Bahkan, keputusan penghakiman telah jelas menunjukkan beliau harus bertanggungjawab akan perkara ini. Sebaliknya Adnan sanggup menghina dan engkar dengan keputusan mahkamah.Natijahnya daripada apa yang berlaku ini, jelaslah kepada kita bahawa Adnan tidak layak untuk terus memimpin rakyat Pahang. Negeri Pahang juga senantiasa mengalami defisit bajet yang merungsingkan sejak sekian lama. Adnan dikatakan gagal membawa masuk pelabur asing ke negeri ini.

Apa yang ada hanya pelaburan yang telah dibawa masuk oleh Khalil Yaakob semasa Yang DiPertua Negeri Melaka itu menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Pahang dulu. Maka dengan ini, sebagai rakyat yang perihatin marilah kita bersama-sama mendesak supaya Dato' Nan dapat bertanggungjawab dalam hal ini, jika tidak beliau juga harus berundur.

Tindakan beliau yang melepaskan jawatannya serta tidak mahu bertanding lagi dalam merebut jawatan MT UMNO dalam pemilihan akan datang adalah tepat sekali. Begitu juga dengan penolakan pencalonannya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda parti karat itu. Jika tidak semakin cepatlah UMNO berkubur nanti. Kerana sememangnya beliau tidak layak dan berkaliber untuk menjadi pemimpin yang berwibawa. Apatah lagi dalam membangunkan negeri Pahang. Apa yang beliau lakukan selama ini?. Maka sudah tiba masanya, kita juga harus mendesak agar beliau berundur sama seperti Pak Lah. Segalanya terletak ditangan rakyat Pahang, apakah mereka terus mahu mempunyai Menteri Besar yang kurang ajar dan samseng seperti ini?. Sila baca laporan akhbar arus perdana Utusan Malaysia:-

[Buat rakyat Pahang, bersabarlah menghadapi segala dugaan ini. Sesungguhnya segala yang berlaku ini pasti akan ada hikmahnya. UMNO Pahang bakal tumbang tidak lama lagi, maklumat diterima semakin ramai pemimpin kanan politik parti karat itu bakal menyertai Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini. Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh beliau ini menjadi pentanda ke arah kejatuhan dan kehancuran Barisan Nasional di negeri Pahang tidak lama lagi]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.