Akibat tertekan dengan laporan pemergiaan 5 orang pemimpin kanan PKR ke Taiwan, maka mulalah para pemimpin UMNO membuat kenyataan yang "merapu" dan "meracau" bagai orang "gila meroyan". Lihat sahaja kenyataan TPM Najib Razak yang berbunyi "Dia punya mainan politik macam-macam. Tak perlulah kita terikut-ikut. Dia orang boleh pergi ke mana-mana, ke Antartika pun tak mengapa, saya tidak fikir ahli BN akan melompat parti". Najib berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perdagangan China Malaysia 2008 hari ini. Kenyataan Najib itu seolah-olah beliau terlalu "takut" dengan apa yang bakal terjadi kelak. Hingga tergamak untuk mengatakan pemimpin PKR itu boleh pergi ke mana-mana termasuk ke benua Antartika sekali pun, baginya tidak mengapa kerana beliau yakin ahli parlimen BN tidak akan melompat parti seperti yang dinyatakan. Inilah mentaliti para pemimpin UMNO sebenarnya. Mereka hanya keluarkan apa jua yang ingin disampaikan. Lihak sahaja apa yang berlaku di Permatang Pauh dulu, Najib tiba-tiba terikut-ikut dengan budaya "sesumpah" akhirnya berani bersumpah di khalayak ramai kononnya beliau tidak mengenali "wanita Monggolia" itu. Walhal, memang kita tahu di Monggolia itu memang terdapat ramai wanita. Maka kenapa Najib tidak "straight to the point" dengan menyatakan beliau tidak kenal "Altantunya Sharibuu"?. Bukankah ini satu simbolik dalam beliau mengeluarkan kata-kata dan ucapan. Mereka bebas untuk berkata apa-apa, demi mempertahankan kelemahan mereka.
Apa yang lebih melucukan ialah ada sesetengah pemimpin UMNO yang mengatakan bahawa kedatangan pemimpin PKR itu menunjukkan "politik murahan" semata-mata bagi mengelirukan rakyat. Usaha tersebut adalah satu pembaziran dan taktik kotor yang dilakukan demi perjuangan PKR yang sudah lari dari landasannya. Begitulah antara lain kenyataan salah seorang pemimpin BNBBC yang kini berada di Taiwan dalam misi lawatan sambil belajar itu. Mereka hanya menyalahkan Pakatan Rakyat semata-mata, sedangkan mereka pergi ke sana dengan satu agenda yang "mengarut" tidak dikatakan pembaziran.
[Apa yang pasti, masanya sudah tiba untuk kita mendengar berita yang lebih sensasi dan pasti menggemparkan awal minggu depan. Sama-samalah kita berdoa agar apa yang dirancang ini bakal dinatijahkan untuk menjamin kehidupan rakyat].






Tiada ulasan:
Catat Ulasan