script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu ISA: Gara-Gara Takut Bayang Sendiri, Raja Petra Terpenjara Jua Akhirnya !!

Maka, akhirnya Raja Petra ditahan selama dua tahun di bawah Akta ISA. Beliau akan meringkuk di Penjara Kemunting untuk tempoh itu. Soalnya, mengapakah begitu cepat ini berlaku. Apakah kerajaan tidak merujuk kepada desakan demi desakan bahkan dari pari komponen BN sendiri agar akta itu dikaji atau dihapuskan?. Bukan sahaja pemimpin UMNO,MCA, Gerakan yang menyatakan bantahan, malahan juga terbaru parti komponen dari Sabah UPKO dan Majlis Peguam juga turut berbuat demikian. Namun, kerajaan nampaknya hanya pekakkan telinga semata-mata untuk menyelamatkan seseorang yang "bakal berkuasa".
Kita tidak faham, mengapa beliau akhirnya ditahan selama dua tahun walhal kesnya terlalu kecil dan ada percanggahan fakta. Ini kerana, kenyataan hina yang dinyatakan itu bukanlah keluar dari tulisan beliau sebaliknya dari ruangan komen yang terdapat dibawah artikel berkenaan. Jika "komen" tiada siapa sempat untuk "delete" kiranya ia ditulis dan terus dicetak oleh orang-orang berkenaan. Mungkin untuk mengenakan Raja Petra, maka komen itu ditulis dan terus dicetak sebagai bukti kukuh untuk pihak-pihak terbabit membuat laporan polis. Raja Petra telah "dianiaya" sebenarnya dalam kesn ini. Lantaran itulah jika ia dibawa ke mahkamah, sudah pasti beliau akan "menang" kes ini.

Namun, akibat beliau terkena penangan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu, maka terpaksalah beliau meringkuk dalam penjara. Apakah beliau benar-benar mengancam keselamatan negara atau bakal menghuru-harakan rakyat Malaysia?. Atau beliau sebenarnya, menakutkan setengah kerat pemimpin UMNO?. Umum mengetahui, bahawa beliau adalah antara individu yang banyak memegang "bukti kukuh" kes-kes berprofil tinggi seperti Kes Liwat Saiful dan Kes Altantunya Mongolia. Apakah, kerana beliau memiliki dua fail kes ini akhirnya beliau terpaksa dikorbankan demi menyelematakan individu berkenaan?.

Mungkin juga ada kebenarannya. Tambahan pula Raja Petra begitu terkenal dengan "akuan bersumpah" beberapa bukti kukuh kes berkenaan. Apakah kerana takutkan bayang-bayang sendiri maka akhirnya Raja Petra menjadi mangsa. Ini sebagai langkah untuk menutup mulut beliau agar tidak mendedahkan lebih banyak lagi bahan bukti kedua-dua kes itu. Mungkinkah selepas ini ada individu yang lantang serta berani seperti Raja Petra untuk mengambil alih tugasan ini?. Kehilangan Raja Petra adalah sesuatu yang amat mendukacitakan kita. Beliau diketahui sebagai individu yang mempunyai semangat perjuangan yang kental selama ini. Menghumbankan beliau ke Penjara Kemunting bererti, salah satu sumber berita "panas dan sensasi" telah dihapuskan. Selamatlah mereka-mereka yang berkenaan dari igauan ngeri Raja Petra itu. Jika tidak pasti masa depan mereka akan terancam, gara-gara pendedahan berani beliau itu. Kini Raja Petra ditahan, bermakna benarlah telahan semua pihak bahawa sekatan yang dibuat terhadap blog beliau "Malaysia Today" sebelum ini, ada kaitan dengan langkah penahanan penulis blog terbabit.

Tahanan kali ini bermakna ia adalah kali kedua Raja Petra ditahan di bawah ISA. Beliau pertama kali ditahan pada April 2001 kerana penglibatannya dalam gerakan reformasi dan ditahan selama 53 hari di Pusat Tahanan Kamunting. Raja Petra merupakan antara tiga orang yang ditahan di bawah ISA pada 12 September lalu. Dua yang lain ialah Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh dan pemberita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng. Walau bagaimana pun kedua-dua individu terbabit telah pun dibebaskan selepas itu.

[Pahang Daily mengambil kesempatan untuk melahirkan rasa simpati terhadap Raja Petra serta keluarga beliau. Sesungguhnya, akan lahir lagi lebih ramai Raja Petra selepas ini. Dua tahun adalah masa yang lama, namun mungkinkah beliau akan dibebaskan lebih awal dari itu?. Segalanya bakal terjawab sekiranya langkah Anwar untuk mengambil alih Putrajaya nanti].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.