Inilah berita yang paling panas dan sensasi diterima hari ini. Khabarnya gempa bumi yang berskala 6.1 pada skala Ritcher, telah melanda dibahagian utara dan timur pulau Taiwan semalam. Sila lihat laporan berikut yang disiarkan menerusi http://www.inquirer.net/ :-TAIPEI, Taiwan—Taiwanese authorities say a moderate earthquake has struck off the northeastern part of the island. There are no immediate reports of casualties or damage.The Central Weather Bureau says the magnitude 6.1 quake hit offshore 54 miles (86 kilometers) east of the city of Ilan at 3:43 p.m. Tuesday (0743 GMT), about 79 miles (127 kilometers) east of Taipei.The United States Geological Survey says the quake had a magnitude of 5.5.Earthquakes frequently rattle Taiwan, but most are minor and cause little or no damage.However, a 7.6-magnitude earthquake in central Taiwan in 1999 killed more than 2,300 people, and in December 2006 a 6.7-magnitude tremor south of Kaohsiung severed undersea cables and disrupted telephone and Internet service to millions of users throughout Asia.
Simboliknya ialah gempa bumi ini berlaku disaat 49 ahli parlimen BNBBC sedang mengadakan lawatan sambil belajar untuk meneroka bidang pertanian disana. Inilah akibatnya jika masuk ke negara orang dengan tidak "membasuh kaki" tiada perancangan dan "hentam kromo" semata-mata. Kononnya belajar ilmu pertanian, nah !! sekarang kesemua ahli parlimen terbabit mungkin sedang "kecut perut" dan "tidak boleh tidur malam" agaknya. Bayangkanlah jika dilihat pada foto yang dipaparkan, bangunan berkenaan boleh tumbang menyembah bumi. Jika bangunan itu adalah tempat penginapan BNBBC, bukankah ramai yang akan "menghembuskan nafas terakhir" mereka disana. Inilah balasan akibat kecurangan agaknya, gara-gara mahu terus bersekongkol dengan kerajaan yang sudah ditolak oleh rakyat maka inilah yang terjadi. Tiada perancangan, tiada kertas kerja, tiada budget tiba-tiba sahaja diadakan lawatan ke sana.
Menurut Najib, semua ahli parlimen terbabit melawat Taiwan menggunakan wang masing-masing. Bukankah lucu bunyinya. Banyak benar wang yang dibawa oleh kesemua mereka. Apakah bila blik nanti mereka akan berdiam diri tanpa membuat "claim" atas segala perbelanjaan yang dikeluarkan?. Maka itu ini bermakna mereka tetap menggunakan wang rakyat. Jika seorang ahli parlimen kosnya RM10,000 maka jika 49 orang sudah pasti RM490,000. Ini bermakna wang rakyat bakal digunakan sewenang-wenangnya hanya kerana untuk menyelamatkan masa depan politik sebuah kerajaan yang semakin "karat dan reput".
Laporan yang diterima juga ada menyebut, lokasi kejadian gempa itu dikatakan agak hampir juga dengan tempat penginapan ahli parlimen BNBBC. Jika pun tidak hampir, pasti mereka yang berada di pulau Taiwan itu "terkencing" dibuatnya gara-gara gempa yang melanda. Mungkin juga esok lusa bangunan tempat mereka menginap pula akan menjadi mangsa. Maka kemungkinan besar mereka tidak sempat untuk balik berhari raya bersama keluarga. Gara-gara "dikuarantin" kerana takutkan "16 September" bakal memungkinkan mereka menjadi mangsa "gempa". Adalah lebih baik mereka mengambil ikhtibar akan kejadian ini dan pulang semula ke Malaysia sebelum 16 September 2008 ini. Rakyat sedang menunggu dengan penuh harapan untuk melihat perubahan. Natijahnya, bukan ilmu pertanian yang dipelajari di Taiwan, tetapi ilmu "gempa bumi" pula yang melanda diri. Mungkinkah esok atau lusa ada dikalangan ahli parlimen terbabit akan "lari" meninggalkan Taiwan dan kembali ke Malaysia agaknya.
Jika ini berlaku, Anwar tidak perlu pergi "merisik" mereka di Taiwan. Ini adalah petanda harapan besar "16 September" bakal terlaksana jua akhirnya. Marilah sama-sama kita doakan agar dikalangan 49 ahli parlimen ke Taiwan itu, mereka yang menyokong Pakatan Rakyat serta tetap bersama Anwar akan selamat pergi dan selamat kembali. Bagi yang lain, eloklah menginsafi diri dan ingatlah Allah mengetahui segala rahsia yang terjadi. Marilah kita bersama-sama membina sebuah negara yang lebih adil, saksama serta benar-benar demokrasi.
[Insidenn yang berlaku di Taiwan ini jelas sekali menunjukkan bahawa "bumi" pun tidak mahu menerima manusia yang sanggup lari dari kenyataan semata-mata untuk mempertahankan kemungkaran, kezaliman serta keborokan sebuah kerajaan]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan