script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Isu Pahang: 10 Dalil Adnan "Takut Menang" Bertanding Jawatan Ketua Pemuda UMNO !!

Satu kehilangan besar bagi Pergerakan Pemuda Umno seluruh Malaysia apabila salah seorang calun yang paling layak menjadi Ketua Pemuda Umno selain Khairy Jamaludin telah menarik diri. Dato Nan, MB Pahang yang mengumumkan akan bertanding Ketua Pemuda Umno baru-baru ini tiba-tiba menarik diri kerana 'takut menang'.Selaku rakyat Pahang kami merasakan beliau paling layak memimpin pemuda Umno di atas contoh teladan yang ada pada diri beliau mampu untuk menarik minat pemuda kepada Umno. Antara sikap berani beliau ialah yang memang telah diketahui ramai antaranya:
1. Beliaulah satu satunya pemimpin Umno yang berani menonggeng punggung kepada penyokong pembangkang ketika penamaan calun Pilihanraya Kecil Sanggang ketika pemimpin Umno yang lain hanya berdiam diri.

2. Beliau juga telah menunjukkan isyarat lucah dengan jarinya dihadapan ribuan manusia ketika itu yang amat sesuai dengan akhlak sebahagian pemuda Umno. Contoh teladan beliau telah diikuti oleh pemuda-pemuda UMNO di Permatang Pauh baru baru ini.

3. Beliau berani memaki hamun kepada akhbar arus perdana dengan berkata 'Pergi Jahanam' atau "Go To Hell" kepada wartawan berkenaan didalam satu sidang media.
4. Beliau suka menggunakan perkataan kesat seperti beruk,taik dan lain-lain.Tak jauh bezanya dengan menantu Pak Lah.
5. Beliau berani berkata kepada ahli Umno,"Kalau letak berukpun boleh menang (kerana ahli Umno akan undi)"
6. Beliau pernah mendapat jolokan MB Samseng kerana didakwa pernah membelasah seorang ahli Umno.
7. Dato Nan berani mengugut seorang guru JQaf dengan memaksanya meletakkan jawatan kerana pernah menjadi calun PAS dalam pilihanraya.
8. Dato Nan menjawab salam dengan "satu jari" sahaja, ketika dihulurkan oleh rakyat yang merayu beliau menandatangi kelulusan jual beli hartanah di Kuantan. Kejadian berlaku di dalam pejabatnya di Wisma Sri Pahang. Kemudian ditinggalkan hamba Allah itu terkapai-kapai sendirian dalam pejabatnya, sebaliknya beliau lari keluar !
9. Dato Nan, cakap tak serupa bikin kerana melarang semua jabatan kerajaan untuk mengakses laman web terutamanya blog dalam usaha mendapatkan maklumat. Kakitangan yang degil akan dikenakan tindakan sewajarnya. Dalam masa yang sama melancarkan MSC di Kuantan !!
10. Dato Nan membiarkan negeri Pahang terus menjadi "pusat maksiat" dengan adanya Genting Highlands. Tioman, Cherating, Cameron Hihglands, Fraser Hill dan banyak lagi lokasi yang tidak dipantau. Bahkan bandar Kuantan juga pernah di gelar Hattyai Pantai Timur suatu ketika dulu. Olahan dari blog Fezul Jengka
[Dengan dalil-dalil ini maka sahlah yang MB Pahang itu sememangnya calon paling layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Justeru itulah beliau menarik diri dari dicalonkan, kerana takut menang sebelum bertanding !]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.