script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Blogger Raja Petra Ditahan ISA, Petanda Kerajaan Hilang Pertimbangan !!

Berita terkini diterima, Raja Petra Kamaruddin akhirnya ditangkap dan ditahan dibawah Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) jam 1.10 tengahari tadi. Beliau ditangkap oleh sepuluh orang anggota polis dihadapan rumahnya di Sungai Buluh. Menurut isterinya Marina Lee Abdullah beliau telah ditahan dibawah Seksyen 731 Akta ISA yang membolehkan seseorang itu ditahan selama 60 hari. Polis telah merampas beberapa buah pita dan sebuah komputer ribanya. Beliau telah dibawa keluar dari rumahnya sekitar jam 1.50 petang tadi, iaitu ketika umat Islam mengerjakan solat Jumaat. [Tergamak mereka lakukan di Bulan Ramadhan ini].
Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar tempatan berhubung dengan laporan mereka mengenai perkembangna politik semasa.Tiga akhbar berkenaan adalah akhbar berbahasa Inggeris, The Sun, sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan. Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor laman web Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), telah membuat laporan polis terhadap Raja Petra berhubung perkara itu. Mereka mendakwa komen beliau dalam artikel yang bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" didakwa menggunakan ayat-ayat yang menghina orang Islam. Raja Petra, juga didakwa telah membenarkan komen disiarkan dalam blognya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad, dalam artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet".
Dengan penangkapan ini maka terbukti kerajaan rupanya membuat "trick" semalam, apabila mengumumkan bahawa tidak akan menyekat laman blog dan web. Apa yang berlaku kepada Raja Petra ada petanda bahawa kerajaan kini begitu tertekan dengan senario politik semasa. Mereka terpaksa melakukan apa sahaja untuk membendung pengaruh "blogger" yang dikatakan banyak mencerna minda rakyat di negara ini. Apakah penangkapan Raja Petra ini petanda, UMNO dan BN bakal "tumbang" sedikit masa lagi. Tanggal 16 September semakin menggamit. Anwar sebelum ini berjanji jika Pakatan Rakyat memerintah beliau akan membebaskan kesemua tahan ISA. Andai ini berlaku, maka kita harapkan Raja Petra bersabar dengan dugaan yang melanda. Jika diizinkan Allah, tidak lama lagi beliau akan bebas pabila agenda 16 September terlaksana akhirnya.
Media: Penahanan Raja Petra amaran bagi penulis blog tidak bertanggungjawab

BAGAN DATOH: Penahanan penulis blog Raja Petra Kamarudin mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari tadi merupakan satu amaran kepada penulis blog lain yang tidak bertanggungjawab bahawa tindakan serupa juga akan dikenakan terhadap mereka. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penulis blog seperti itu sebelum ini mungkin beranggapan mereka tidak akan dikenakan tindakan kerana alasan laman blog mereka berpangkalan di luar negara yang didakwa tidak tertakluk dengan undang-undang negara ini.

"Adalah tidak wajar sekiranya Raja Petra sahaja yang dikenakan tindakan sedangkan penulis blog tidak bertanggungjawab yang lain masih bebas," katanya kepada pemberita di Kampung Sungai Burung di sini hari ini. Zahid mengulas penahanan Raja Petra mengikut ISA dekat Kuala Lumpur berikutan artikelnya bertajuk 'I promise to be a good, non-hypocritical Muslim' yang menggunakan ayat-ayat menghina orang Islam selain membenarkan ulasan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. untuk artikel 'Not all Arabs are descendants of the Prophets' yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today. Sehubungan itu Anggota Parlimen Bagan Datoh itu berkeyakinan polis akan turut mengambil tindakan terhadap penulis blog lain yang didapati mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
[Seperti yang dinyatakan sebelum ini, sesiapa pun boleh menulis komen yang berbaur hasutan dalam sesebuah laman blog. Dalam masa yang sama blogger tidak perasan tulisan terbabit, kerana bukan 24 jam memantau blog berkenaan. Justeru itu, bayangkan jika pihak polis atau Jakim, Yadim. Maiwp dan Jawi sendiri yang menulis artikel itu. Dalam masa yang sama mereka "print dan cetak" sebagai "bukti kukuh" untuk mendakwa. Bukankah ini satu taktik kotor dalam menjatuhkan "blogger". Jika artikel itu ditulis sendiri oleh blogger terbabit mungkin ada "logiknya". Tetapi jika hanya kerana "ruangan komen" ini semua adalah satu tindakan jahat]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.