script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Peralihan Kuasa: Sah, Pak Lah Makin Tertekan, Hishamuddin Masih Pertahankan !!

Benarkah mesyuarat yang diadakan oleh Majlis Tertinggi UMNO seperti kata Menteri Pelajaran, Hishamuddin Hussin. Beliau menolak dakwaan sebuah akhbar berbahasa Inggeris (The Sun) yang mengatakan MT UMNO mahukan Pak Lah melepaskan jawatan segera dan tidak menunggu sehingga tahun 2010. Inilah yang dilaporkann oleh media arus perdana hari ini. Hisham seolah-olah yakin bahawa Pak Lah tetap mendapat sokongan yang sebulat suara dari kalangan MT UMNO, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Pahang Daily difahamkan, antara pemimpin yang lantang mahu Pak Lah melepaskan jawatan Oktober ini ialah seperti Muhyiddin Yassin, Shafie Afdal dan Ketua Wanita Rafidah Aziz. Menurut laporan keputusan agar Pak Lah melepaskan jawatan lebih awal kerana mereka khuatir PM itu bakal dimalukan apabila berhadapan dengan pencalonan jawatan "Presiden" nanti. Difahamkan, terdapat banyak bahagian diseluruh negara yang akan mencalonkan muka baru untuk jawatan tersebut. Inilah yang amat menggusarkan mereka, lantaran itu jika Pak Lah terus berdegil maka dikhuatiri beliau tidak akan melepasi kuota yang disyaratkan untuk mengekalkan jawatan tersebut. Jika ini berlaku sudah pasti imej serta maruah Pak Lah akan lebih tercalar lagi.
Namun, kenyataan media Hishamuddin yang menyatakan perkara ini tidak dibincangkan dalam mesyuarat MT itu baru-baru ini, jelas sekali menunjukkan bahawa pemimpin pemuda UMNO itu "meraban" agaknya. Beliau sendiri melihat dan tahu apa yang terjadi, baginya semua ahli MT akan diam membisu serta tidak menjadi "Spy" untuk melaporkan perjalanan mesyuarat MT kepada media ataupun pihak luar. Walhal, beliau harus tau bahawa orang-orang Anwar sendiri masih ramai dalam Majlis Tertinggi parti karat itu. Hisham, tidak boleh melatah dalam hal ini lantaran ingin mempertahankan ketuanya yang sudah semakin "nazak" untuk ditamatkan riwayat politiknya itu. Beliau sepatutnya lebih bersikap profesional dan menerima kehendak akar umbi, supaya peralihan kuasa dan perubahan pucuk pimpinan itu dipercepatkan demi masa depan dan maruah UMNO secara keseluruhannya.

Hishamuddin sebenarnya gagal berpendirian jauh dalam hal ini. Baginya masa tiga jam yang dibincangkan dalam mesyuarat MT tidak cukup untuk ahli-ahli MT membuat kesimpulan tentang apa yang dibincangkan. Kalau beginilah mentaliti Menteri Pelajaran itu, maka semakin "bangang" lah institusi pendidikan yang mempunyai menteri seperti ini. Tiga jam bagi beliau bukan masa yang sesuai untuk buat kenyataan yang tepat mengenai apa yang dibincangkan oleh MT. Hairan kita melihat, perangai puak-puak UMNO ini yang jelas semakin hari semakin diperbodohkan oleh kedangkalan politik masing-masing.

Jika kita melihat kenyataan bekas Ketua Puteri UMNO, Azahlina Othman jelas menyatakan bahawa beliau kecewa dengan kenyataan beberapa ahli MT yang masih mempertikaikan perjanjian "tempoh peralihan kuasa" antara Pak Lah dan Najib itu. Baginya apa yang berlaku dalam mesyuarat MT dimana perkara ini dibangkitkan oleh beberapa orang ahli MT dilihat sukar diterima, kerana mereka tidak dapat berdebat perkara ini lantaran kesuntukan masa. Baginya, pemimpin terbabit tidak setia kepada kepimpinan parti. Maknanya, dalam UMNO biar apapun berlaku pucuk pimpinan tidak bileh dikritik langsung biarpun ia sudah ditolak oleh rakyat. Begitu juga kenyataan Shahrir Samad, yang nampaknya terus menyokong Pak Lah. Mungkin kerana "teruja" dengan langkah PM itu memberi jawatan kepadanya dalam kabinet Pak Lah, walhal namanya kian tenggelam sebelum ini.

Apakah Pak Lah akan berundur seperti yang disarankan oleh ahli MT itu?. Terdapat laporan beliau akan berundur pada 10 Oktober iaitu sebelum persidangan UMNO Bahagian dijalankan. Namun terdapat maklumat, perkara ini telah dihalang oleh menantu kesayangannya Khairy Jamaluddin. Mungkin juga Khairy takut "segala khazanah rakyat" yang dikumpulnya itu akan digeladah oleh pengganti Pak Lah nanti. Inilah yang bermain dikepala anak muda itu. Lagi pun umum mengetahui bahawa Khairy adalah "salah satu punca utama" kejatuhan legasi Pak Lah. Beliau sering dikaitkan dalam menentukan hala tuju bapa mertuanya itu. Hasilnya, UMNO dan BN dimalukan dalam pilihanraya umum lalu. Khairy juga gusar dengan keadaan ini, beliau gelisah melihat sokongan rakyat yang kian luntur terhadap UMNO itu. Lantaran itulah beliau dengan "tidak malunya", telah "merayu-rayu" agar pemuda UMNO mencalonkan dirinya sebagai ketua pergerakaan parti itu baru-baru ini. Lebih melucukan ialah kenyataan itu dikeluarkan pada hari "Nuzul Quran" yang bagi Khairy bagi mengambil berkat sempena turunnya kitab suci itu ke muka bumi ini.

Apakah Pak Lah dan Khairy boleh selamat dengan fenomena terbaru ini?. Atau mungkin sudah tiba masanya untuk mereka berdua mengundur diri secara terhormat. Hanya perwakilan UMNO cawangan dan bahagian sahaja yang bakal menentukan semua ini. Harapan untuk Pak Lah berkuasa kini hanya tinggal "nyawa-nyawa ikan". Jika tersilap langkah, pasti beliau akan merana selepas ini. Maka itu kita tidak hairan melihat Pak Lah mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib baru-baru ini. Sesuatu yang tidak masuk akal, namun ada "muslihat"nya. Apapun, Pak Lah harus ingat beliau kini berhadapan dengan penentangan dua penjuru. Satu dari kalangan ahli UMNO sendiri dan satu lagi daripada Pakatan Rakyat yang berusaha untuk mengambilalih kuasa dalam masa yang sama. Ikutan laporan seterusnya selepas ini. Apakah akan terjadi kepada nasib cucu ulamak tersohor yang popular dengan imej "Mr.Clean" dan "Islam Hadhari" selama ini.

[Sikap menghentam media arus perdana dalam melaporkan sesuatu isu ini membayangkan mereka sendiri sudah tidak yakin dengan laporan media mereka itu. Inilah yang pernah berlaku kepada MB Pahang dulu. Semua ini membuktikan kepada kita dengan jelas bahawa kemelut politik yang melanda UMNO dan Barisan Nasional kian parah dan memeritkan sebenarnya].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Kerajaan Negeri Pahang Akan Terus Membantu Pengurusan Masjid-Masjid Di Negeri Ini Dalam Usaha Mewujudkan Koperasi

KUANTAN : Kerajaan Negeri Pahang akan terus membantu pengurusan masjid-masjid di negeri ini dalam usaha mewujudkan koperasi bagi meningkatka...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.