Semua pendokong keadilan dan perjuangan rakyat dijemput hadir beramai-ramai ke Perhimpunan Perdana Sempena Menyambut Hari Malaysia yang akan diadakan pada 15 September 2008 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya Selangor Darul Ekhsan. Program akan dimulakan sekitar jam 7.00 petang, solat tarawikh turut akan diadakan di lapangan stadium. Pahang Daily difahamkan program tersebut telah mendapat permit daripada pihak polis. Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang akan hadir memberi ceramah umum di sebelah malamnya ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hj.Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Banyak maklumat penting tentang agenda 16 September akan diadakan. Justeru itu jangan lepaskan peluang keemasan ini. Satu Matlamat Satu Perjuangan Ke Arah Malaysia Baru.[Pahang Daily akan membuat liputan terkini dari Stadium MBPJ esok. Jangan lepaskan peluang untuk melihat perkembangan terkini dari sana nanti. Difahamkan ramai sahabat perjuangan dari seluruh negara akan turut hadir, semoga perjuangan akan terus disemarakkan nanti]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan