Sementara itu malam tadi juga Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya Raja Petra Kamarudin yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mesti dibebaskan dengan segera. Sebarang tuduhan yang dibuat oleh Kementerian Hal Ehwal dalam Negeri mestilah diselesaikan dengan segera mungkin menuruti proses undang-undang. "Raja Petra seharusnya dibenarkan untuk berjumpa peguam dan anggota keluarganya mestilah dibenarkan untuk berjumpa beliau sewaktu dalam tahanan," Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat berkata, penahanan Raja Petra dan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Sin Chew Daily, The Sun dan Suara Keadilan di samping halangan terdahulu terhadap laman web politik yang terkenal, menunjukkan dengan jelas kesediaan kerajaan untuk melumpuhkan kebebasan bersuara di saat rakyat berani untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan.
[Kenyataan Anwar ini dikeluarkan sebelum penahanan dua lagi mangsa iaitu Waratwan Sin Chew Daily dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok. Nampaknya, jelas sekali kebenaran kerajaan tidak akan menyekat media dan laman blog sebelum ini hanya "omongan kosong" semata-mata. Sebaliknya mereka semakin rakus untuk menjalankan operasi ISA itu]






Tiada ulasan:
Catat Ulasan