Tinggal tiga hari lagi "agenda 16 September" terlaksana. Namun negara kini berhadapan dengan cahaya kegelapan gara-gara sikap "ekstream" kerajaan terus menggunakan akta zalim itu untuk menutup mulut rakyat. Semalam sahaja sudah tiga orang rakyat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Pihak polis berkata penahanan ke atas beberapa individu terbabit dikatakan kerana cuba mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama. Mereka yang ditahan setakat ini ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Mereka dipercayai telah ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan. Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan. Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka. Menurut Ismail, penahanan di bawah ISA itu dibuat “untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.” Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.
[Jika begini caranya, nampak sangat bahawa kerajaan semakin terdesak dalam usaha untuk mengekal kuasa mereka. Apa sahaja kini terpaksa dilakukan setelah melihat jangka hayat mereka semakin tinggal nyawa-nyawa ikan. Semoga sejarah bakal tercipta sehari dua lagi. Hulurkan doa dan sokongan anda kepada semua mangsa yang terlibat dalam penahanan ini]







Tiada ulasan:
Catat Ulasan