Masalah gangguan bekalan air ke seluruh kawasan di sekitar daerah Kuantan dijangka dapat diatasi sepenuhnya apabila rumah pam dan muka sauk baru Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang, Sungai Kobat di sini siap sepenuhnya dan akan beroperasi Jun, 2009. Muka sauk dan rumah pam yang dilengkapi tiga pam berkuasa tinggi itu menelan kos RM43 juta dijangka mampu menampung bekalan air ke seluruh Kuantan sehingga 2025 dengan keupayaan membekalkan 290 juta liter air mentah setiap hari ke Loji Rawatan Air JBA Semambu dan Bukit Ubi. Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang, Datuk Ir.Ismail Mat Noor berkata, operasi rumah pam baru itu kelak dapat menjamin rizab simpanan bekalan air sehingga 100 peratus sekiranya berlaku sebarang masalah kepada rumah pam sedia ada termasuk terputus bekalan elektrik dan sebagainya.“Apabila beroperasi kelak, ia dijangka dapat menampung kapasiti bekalan air dari rumah pam sedia ada yang kini menggunakan keupayaan empat atau lima daripada enam pam yang disediakan untuk menyedut air setiap hari. “Keupayaan rumah pam sedia ada mungkin boleh dikurangkan kepada separuh daripada kapasiti sebenar dan bekalan selebihnya itu akan ditampung oleh rumah pam yang baru untuk disalirkan ke loji-loji rawatan air,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja-kerja membaik pulih dua paip air berukuran 1.2 meter yang mengalami kebocoran di Rumah Pam JBA Sungai Kobat, semalam.
Menurutnya, sekira berlaku sebarang masalah yang boleh membawa kepada penutupan rumah pam, operasi mengepam air dapat dialihkan sepenuhnya kepada rumah pam satu lagi sekali gus bekalan air kepada pengguna dapat dibekalkan tanpa sebarang masalah,” katanya.
Katanya, bagi menjamin bekalan air domestik dan industri yang mencecah hampir 300 juta liter air sehari, JBA turut menerima punca tenaga elektrik dari sumber kuasa Tenaga Nasional berhad (TNB) Sungai Lembing berbanding kini bergantung sepenuhnya kepada punca bekalan TNB di Indera Mahkota.
Mengulas lanjut mengenai bekalan air yang terputus selama hampir 18 jam di keseluruhan kawasan sekitar Bandar Kuantan, semalam, Ismail berkata, ia berpunca daripada dua paip utama berukuran 1.2 meter di Rumah Pam JBA Sungai Kobat yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air Semambu mengalami kebocoran serius. Katanya, kebocoran itu sebenarnya dikesan sejak Ogos lalu bagaimanapun kerja membaik pulih tidak dapat dilakukan segera kerana boleh menjejaskan bekalan air kepada para pengguna berikutan penutupan Loji Rawatan Air Bukit Ubi lebih sebulan yang lalu.
“Kapasiti air yang dibekalkan ke Loji Semambu mencecah 64 juta gelen setiap hari. Jumlah itu mengatasi keupayaan sebenar paip berkenaan dan impak tekanan itu menyebabkan dua paip ini tidak dapat bertahan selain berlakunya pergerakan tanah dan berlaku kebocoran serius sehingga melimpah. “Sehingga kelmarin, JBA mengesan kehilangan bekalan air sehingga 45 juta liter air setiap hari akibat kebocoran paip berkenaan sekali gus bekalan air mentah yang dibekalkan kepada loji Semambu berada di bawah kapasiti yang sepatutnya,” katanya. Menurutnya, kerja-kerja pembaikan oleh kontraktor yang dilantik dengan kos hampir RM100,000 itu berjalan mengikut jadual namun bekalan air masih belum dapat dipulihkan di sesetengah kawasan sehingga jam 9 malam semalam. (Sumber: Sinar Harian Pahang)
[Isu air ini telah Pahang Daily dedahkan dalam laporan terdahulu. Jika ini jawapannya maka bernasib malanglah rakyat di Kuantan kerana terpaksa menanggung derita menjelang hari raya Aidil Fitri tidak lama lagi. Ini membuktikan bahawa kerajaan negeri Pahang pimpinan Adnan Yaakob cukup tidak prihatin dengan nasib rakyat. Apa akan terjadi jika semua anak-anak yang berada di perantauan balik ke rumah ibubapa masing-masing menjelang hari raya ini. Masalah besar akan berlaku. Mengapakah perkara ini tidak diatasi sejak dari awal lagi. Ini membuktikan mereka hanya melakukan kerja seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Sebelum ini Adnan sungguh berbangga kononnya "Tarif air kekal 37 sen semeter padu, sedangkan kos rawat air meningkat kepada RM1.24 sen semeter padu". Namun kini jika masalah air berlaku kepada warga Kuantan menjelang hari raya, apalah gunanya semua ini lagi]






Dah ada air? Hooray hooray....tak baik tuduh2 orang.
BalasPadamHang ni semua sama macam YB BABI juga...asyik dok tipu orang saja! Poorah